saya makin senyap sekarang.
saya ditch semua orang di sekeliling saya.
saya hanya bertemankan Arashi di sana sini.
saya dah separuh jalan habiskan semua video Arashi di youtube.
tinggal beberapa ratus GB lagi nak habiskan video dalam HDD Cik Hudie_Hud.
saya karaoke lagu feveret saya.
saya rakam tapi saya takleh upload kat sini, ramai orang tengok-tengok blog ni.
saya jadi segan.
tapi satu kejayaan juga pada saya kerana berjaya hafal lagu Jepun walaupun saya tak faham Jepun dan tak suka sangat Jepun-Jepun ni. *in denial*
hari ini saya tak pergi sekolah.
saya nak pergi sebenarnya.
tapi lepas aje mandi CIk Hudie_Hud pesan kat saya di YM, jangan ngade-ngade nak duduk rumah layan Arashi, pergi sekolah.
masa tu saya terus rasa malas nak pegi sekolah.
ntah hape-hape aje saya ni.
saya nak blame sapa bila saya jadi malas macam ni?
oh semalam saya secara rasminya telah membuat benda alah FACEBOOK.
ramai orang terkejut sebab sayalah antara orang yang tak suka benda-benda social networking.
tapi saya agak-agak bengang sebab orang asyik berkata-kata pasal saya di FB diorang.
gosip-gosip belakang sangat tidak sehat awak tahu?
dahlah saya pun tak pernah tengok gambar-gambar saya ditangkap sana sini dan diupload di FB, mana aci.
saya bukannya artes yang tak kesah gambar keluar kat mana-mana.
saya sangat kesah sebenarnya.
sebab pertama saya seorang yang suka menangkap gambar, bukannya model gambar.
sebab saya tahu saya tak lawa.
dahlah sekarang muka makin gelap tak bleh blah, pastu berat badan naik gila-gila sebab lama dah ditch progam ke gym.
pastu minum air botol RootBeer A&W banyak-banyak.
oleh itu sila jangan kutuk saya.
saya cuma mahu senyap-senyap aje.
sekarang ni kalau saya tercampak kat kutub utara atau selatan pun, tak bagi saya internet, telefon pun takpe. tapi bagi saya minda yang boleh ingat Arashi. kalau kawan-kawan saya nak ditch saya sekarang pun takpe. tapi bagi saya Arashi.
adeiiii... jiwa raga saya dah penat dengan Arashi ni.
nak hafal satu lagu seminggu pun belum habis fasih lagi.
yosh! bulan 9 ni saya nak masuk kelas bahasa Jepun. Yatta!
saya nak buat persediaan sebelum ke Jepun.
Suki~!!!