Friday, 17 July 2009

mabuk.ribena.

Photobucket with or without you.

malam ni saya layan lagu-lagu mellow dendangan si TIJAH.
saya paksa dia nyanyikan lagu Jet - Look What You've Done.
lagu Keane - With or Without You.
Umbrella - Ramalanku Benar Belaka.
Innuendo - Nanti.

malam ni rasa amat sunyi.
sepatutnya saya dah kuar tonton wayang tetapi tiada mood.
lagipun sepanjang hari ini asyik hujan aje.
cuaca sejuk. pasang heater pun masih sejuk.

hari ini buat sekian lama saya makan nasi.
sebenarnya saya teringin nak makan kari ayam, lauk ikan kering dengan sambal jawa.
tiba-tiba teringat rumah ;(

saya suka kalau rindu kat seseorang mesti saya masakkan sesuatu yang ada kena mengena dengan orang tu.
contohnya dah beberapa hari asyik makan BIG breakfast tak kira pagi petang siang malam.
sebab Cik Hudie_Hud suka masakkan benda alah tu kalau-kalau saya tidur rumah beliau.
ade sekali tu, teringinkan sup ayam Miss Lam sebab duk teringat sedapnya sup ayam masakan beliau.
kalau jumpa kepala ikan yang dijual 50p, mesti masak kari sebab teringat kat Abah.
tapi tak makan pun, bagi kat orang aje.
kadang-kadang masak Mihun goreng Singapore sebab teringat kat Auntie Mas - Ex-Aberdonian dulu.
masak nasi jagung dengan ayam masak serai sebab bekas lelaki kesayangan saya suka sangat makan (sampai tanak kongsi dengan orang lain)
masakkan nasi lemak dengan nasi ayam sebab itu ajelah yang Cik Nunu pandai buat (ye ke?)
buatkan rendang daging sebab asyik teringat kat Abah dengan Cik Farah.

haih.
rindu semua orang boleh?

***

tadikan saya duk terfikir.
selalunya lelaki di keliling saya suka sangat belajar tentang hidup daripada saya pastu cuba impress budak-budak perempuan lain.

contohnya: kalau saya pandu long-haul journey without non-stop segala dengan siapa2 lah. nanti bebila mamat ni akan buat benda yg sama dengan perempuan lain dengan harapan perempuan tu anggap mamat ni powerful lah sbb leh drive long-haul demi perempuan tersebut.

so cheap eh?

contoh kedua: kalau saya ajar beliau masak kek ke masak satu dish ke dengan resipi segala bagai. dia pun cuba masak kat mana-mana perempuan yang dia mahu mengurat. pastu perempuan-perempuan bodoh naif ni sanjung gila-gila lah mamat ni.

kalau macam ni gayanya, jangan marah kalau saya jadi kedekut ilmu ye?

itu tak masuk tips nak bercinta, tips nak berfesyen segala.

saya rasa lelaki-lelaki di keliling saya semuanya selfish dan tamak nak MATI. tiba-tiba rasa anti-lelaki boleh?

***

ada seorang kawan laki saya tiba-tiba tanyakan ini pada saya :

MASIH SINGLE KE?

anda rasa saya perlu jawab apa? TAK? YA?

saya seperti biasa akan sarkastiklah dengan orang itu. KENAPA TANYA? NAK MASUK MEMINANG KE?

haih, jangan amal. aritu kata nak terima aje sesiapa yang masuk meminang kamu. SILA TARIK BALIK AYAT TERSEBUT.

ANYWAY.

dia ni bagaikan nak beritahu pada saya yang dia ni baik segala. ye, saya tahu dia baik - tak perlu jual diri pun. saya tiada hati pun dengan dia. kalaupun dia kata dulu dia pernah minat saya, maka? maknanya sekarang pun dia masih minat saya ke? dulu dia kata saya garang tu sebab saya tak dimengurat, habis sekarang pun saya masih garang apa?

haih.

maybe we're not meant to be together.
sila cuba lagi 5 tahun kemudian ok?
mungkin masa tu saya masih single lagi.

doa-doakanlah TAK. aminnnn.