saya keluar awal dari sekolah tadi.
sebab pertama, sebab saya asyik layan Arashi sejak pagi.
dari bangun darilah ke sekarang.
gila babeng.
bila tengah hari saya keluar, saya ke bandar mengambil wireless headphone di pejabat pos dan mencari shades ganti shades armani saya yang telah hilang ketika jalan-jalan haritu.
bila balik, saya dengar lagu kuat2 sampai nak jadi pekak.
layan arashi dengan Cik Hudie_Hud.
saya tiba-tiba terkejut bila status adik saya berbunyi begini "woooo, yeahhhh!"
rupa-rupanya dia suka juga lagu-lagu Arashi!
itu baru tepat, target umo belasan tahun.
yang saya ni umo dah macam mak budak pun masih nak terkinja-kinja dengar lagu arashi.
nak minat dialah, yang itu comellah. macam-macam.
tak salah ada hobi macam ni.
tapi saya rasa saya tak boleh sehari tak dengar lagu meguri meguru, lagu zore zore.
ah! lagu-lagu ni semua soothing aje kat telinga.
baca Quran pun seminggu sekali pun payah.
haih. jauh betul menyimpang ni.
terkini Cik Hudie_Hud dan Cik Wanis nak buat T-Shirt Arashi pula.
So Oh My Gie budak 15 tahun kot.
entah-entah kalau diorang ada depan mata, mahu pengsan kitorang-kitorang ni.
menjerit-jerit macam budak-budak sekolah.
tak bleh blah.
lagi tak boleh blah, bila saya tonton arashi makan ayam goreng, saya rasa nak makan ayam goreng. tengok diorang pergi gym hit the ergometer, saya pun nak gi gym gak.
saya dah buat janji dengan PIC saya, bila dia balik Dundee balik saya nak kurus sket.
hahahahaha! janji tak boleh blah.
saya rasa saya akan rasa kronik macam ni sampailah saya balik Malaysia nanti.
tak lama lagi. hati dan jiwa raga saya dah penat.
sebab looking forward pada benda yang kita tahu tak boleh dapat.
haih.
haih.
haih.
nak benti belajar pastu jadi artis ke fotografer boleh tak?