Thursday, 23 July 2009

drama.swasta.

lokasi: flat saya
aktor: saya dan dia.

tok tok tok (ini bunyi pintu diketuk)

dia: awak, bukalah pintu ni.

senyap.

dia: awak, saya tahu awak ada kat dalam. bukalah pintu ni.

(macam dialog drama TV1 aje?)

saya: awak nak ape?
dia: saya nak awak.
saya: buat apa awak nak saya?
dia: saya risau. awak ok ke tu? saya betul-betul risau ni.

(saya) of cos la cair.

kreeeeek o' (bunyi pintu dibuka)

saya: ha! nak apa. awak nak tengok saya kan? tengoklah, saya ok.
dia: *diam dan bertentang mata, kemudian berlalu pergi*
saya: *nada separuh menjerit* awak datang sini, ketuk-ketuk pintu rumah saya dah tak mahu kata apa-apa?
dia: *diam lagi dan terus berlalu pergi.*
saya: fine! mulai hari ini saya tak mahu tengok muka awak lagi.

pintu dihempas.

seminit kemudian.

tok tok tok.

saya: nak apa lagi? *sambil buka pintu*
dia: *diam, tenung mata dalam-dalam*
saya: *diam, tenung mata dalam-dalam*

si dia menangis, saya menangis. saya peluk dia erat-erat.