masih perlukan rehat. palpitation melampau.1) SAYA sibuk sejak dua tiga hari ini. itu sebab saya tak update blog saya.
2) HARI jumaat sepatutnya saya ke sekolah. tapi saya berasa penat. maka saya email Mr. Godzilla cakap saya ke Aberdeen raikan kawan grad. tapi saya tak pergi pun. saya cuma borak-borak dengan PIC on the phone dan rehat-rehat dalam duvet.
3) Cik Hudie_Hud datang lawat saya sementelaah perjalanan beliau ke Aberdeen. Tukar-tukar gambar di Edinburgh hari tu. mahu tengok gambar-gambar tersebut, klik SINI.
4) PIC kata mahu belanja makan petang itu. Ajak Cik Hudie_Hud sekali. Sebab bosan asyik makan di TAZA, kami pilih untuk makan di bar sahaja.
5) SELEPAS itu, menolong PIC pindah barang-barang beliau ke rumah Cik Liyana. Ramai gila orang-orang Dundee balik Malaysia waktu musim panas ni. Cemburu.
6) SELEPAS bye-bye kat Cik Hudie_Hud, kami pun lepak minum kopi di rumah Cik Liyana sampai malam. Tak cukup dengan itu, ajak Cik I sekali meriahkan suasana. Siap supper pizza 19" lagi.
7) SABTU pagi baru tidur. Itupun tertidur bila nonton cerita The Proposal. Haih. Kena tonton di wayang lagi lah sorang-sorang nih.
8) PAGI Sabtu bangun lambat. Ada aktiviti BBQ di Glenisla. Pergi lambat, dahlah lambat - tak bawak apa-apa. pastu tak tolong kemas. Saya ni memang nakal. Saya tak bawa kamera pula tu. Sebenarnya rasa macam tidak mahu pergi, tapi sebab meraikan majlis perpisahan Kak M, kenalah pergi juga.
9) SELESAI sahaja penat makan, lepak-lepak di sungai - kami bertolak ke Loch Tay. Kononnya sebab sudah berada di Perthshire, rasa macam dekatlah dengan Loch Tay tersebut. Dahla ikut jalan kampung, kemudian tak pakai GPS. Perjalanan yang sepatutnya 1.5jam mengambil masa 3jam untuk sampai. Masing-masing pun dah penat.
10) PENGALAMAN yang tak dapat dilupakan apabila sempat solat di gigi air Loch Tay. Cantik tempat itu, sayangnya waktu dah sampai tu semua orang pun dah penat. Kalau tak, mesti boleh lagi enjoy. Sekali lagi, saya tidak bawak kamera saya ;(
11) SAMPAI Dundee pun dah tengah malam. tu pun sempat supper dengan Irfan, anak Kak M dalam keta di 24 hours bakery. Lepas supper aje, terus balik dan titon.
12) HARI Ahad! bangun agak-agak lewat jugalah. bila Cik I dah macam gegas2 siap nak balik St. Andrews, saya pun kenalah bangun. Nasib baik ada dia, kalau dia takde, pasti saya bangun lagi lambat.
13) MASAKKAN beliau roti canai dan sambal ikan bilis. tak susah pun nak masak. Siapa kata masak itu stress? KEMAS DAPUR LA STRESS! :D
14) LEPAS menghantar beliau ke stesen bas, saya pun ke makmal sehingga kini. Kemudian, Mr Godzilla pula datang hari ini. Terus buat hilang semangat saya nak buat kerja. Saya suka kalau buat kerja sorang-sorang, takde orang kacau.
15) RASA macam mahu beli kopi dan ais. Mahu buat kopi ais. Nyaman!
****
- NAK tahu? jiran sebelah curi meja kontot saya yang saya simpan dalam stor. saya tak sukalah diorang buat macam tu. dahlah baru pindah, janganlah amik-amik barang saya.
- SIAN Wanis terpaksa jadi google bergerak saya. Selalu kalau saya berjalan-jalan, saya akan kacau kawan-kawan saya yang duduk kat umah yang online 24/7. Mangsa saya hujung minggu ini adalah Cik Wanis. Sebab apa? PIC saya dah takde di Dundee. uwaaaaaa!
- Mr. Godzilla tegur saya tadi. 'awak buat apa kat lab ni?' errr... buat kerjalah, takkan main game kot?
- SAYA sakit dada lagi. sapa nak tolong ubatkan saya?