masih sakit dada.aku borak-borak dengan Cik Hudie_Hud semalam.
lama.
bila cakap-cakap pasal diri, perhubungan dan komitmen, aku rasa aku ni tak bersedia lagi untuk apa-apa peringkat seterusnya dalam hidup.
siapa kata tak nak kahwin, ada anak semua? semua orang pun nak.
it's the matter whether you're ready or not.
itu sebab saya selalu tutup pintu hati saya.
sebab saya takut, fobia dan tidak bersedia.
kalau siapa-siapa kenal saya, mereka akan kata saya chatty.
Cik Hudie_Hud kata kalau saya cakap penuh expression.
meyakinkan.
kira macam high self-esteem jugalah.
tapi saya selalu cakap saya ni tak peramah dan pendiam.
kawan-kawan rapat mestilah bangkang cakap saya.
cuba tanya kawan seofis saya? saya malas betul nak borak-borak hal hidup dengan dia.
sekadar berborak tentang penyelidikan, oklah.
oh, saya suka tanya tentang Scotland juga pada dia, dia sahaja mungkin tak berminat dengan
mungkin dia tahu Malaysia itu di mana agaknya.
agaknyalah kan.
saya juga sedar bila saya kurang bercakap di sekolah, saya akan jadi key-poh di rumah.
bezanya, saya tiada rakan serumah. saya tak boleh cakap dengan dinding juga.
maka, saya suka on the phone.
saya rasa saya dah makin tua.
sebab saya hanya bercakap bila perlu.
dulu saya seorang texter, skang dah jadi seorang chatter. bukan chatter di YM itu. saya tak rajin sangat chat sebenarnya. saya kalau boleh nak mengurangkan aktiviti pergerakan.
melainkan otot lidah dan bibirlah (sebab jarang digunakan di sekolah).
itu sebab kenapa saya chatty gila.
saya kalau boleh bila nak menerangkan sesuatu saya akan usaha sungguh-sungguh sampai orang tu faham.
kalau orang tu lampi, saya akan usaha lagi terangkan.
kalau dia tak faham juga, saya angkat kening dan terus diam.
saya ni pendiam orangnya.
dengan orang yang saya tak kenal.
dengan 2nd degree friends.
dengan orang yang saya tak suka/selesa.
saya juga akan berdiam diri kalau saya penat dan mengantuk.
dan juga kalau marah.
saya akan terus tidur untuk tidak mahu berfikir apa-apa.
maka, sekarang ni saya rasa saya nak diam.
kenapa?
lu pikir la sendiri.