Salam Jumaat! :DSaya rasa berbelah bahagi.
eh bukan, sebenarnya saya di dalam dilema.
eh bukan juga, perasaan apakah ini ye?
pagi tadi bangun aje tidur saya rasa malas nak pergi sekolah.
tapi lepas timbang kati, kilo dan segala saya dipaksa juga keluar dari rumah.
itu pun lepas bermalas-malasan sarapan, picit jerawat dan segala.
sampai aje sekolah langkah longlai aje kaki dan tangan nak buat kerja.
habiskan masa sejam sahaja borak dengan Cik Hudie_Hud.
cakap dengan dia yang saya mahu nonton cerita HP tengah hari nanti.
mahu curi-curi masa dalam waktu saya buat eksperimen.
kerisauan saya adalah: eksperimen berlangsung selama 2.5 jam.
cerita HP berlangsung selama 3 jam setengah termasuk iklan.
oh, eksperimen saya tu, kalau biar lama-lama saya risau akan musnahkan sampel saya.
kemudian, tengah hari tadi selepas sahaja saya jalankan eksperimen saya, senior saya tiba-tiba tukar angin mahu makan di ofis kami berdua.
dia makan-makan sambil nonton youtube ok?
saya tak kisah pun dia nak nonton apa dan gayut segala bagai dengan telefon universiti - tapi jangan busybody pasal saya boleh?
oleh kerana saya pun rasa tak selesa dia buka youtube kuat-kuat dan makan sambil gelak-gelak, saya pun blah dari ofis terus ke sinema.
cerita HP mahu mula setengah jam lagi.
eksperimen saya dah bermula setengah jam juga.
dalam nonton itu, saya rasa serba salah jugalah.
sebab saya tahu saya akan terlewat satu jam untuk eksperimen tersebut.
saya doa-doa dalam hati, minta-mintalah sampel itu tidak hilang.
ok. sudah selesai cerita tersebut.
saya orang yang pertama keluar dari pintu sinema.
terus ke sekolah.
dalam hujan-hujan berpayung itu saya masuk ke pintu makmal.
senior saya dah bercekak pinggang dan rasa macam separuh marah.
tapi dia cuba cari ayat jugalah supaya tak marah.
saya tahu sebab dia tarik nafas panjang-panjang sambil fikir-fikir mahu cakap apa.
dia kata saya dah melebihi masa eksperimen saya.
dia cek eksperimen saya tahu?
dia kata protein saya dah hilang.
saya tengok kat gel saya.
eh? ada aje protein tu.
siap tunjuk lagi pada dia.
kemudian, dia tiada apa-apa lagi poin mahu gaduh dengan saya.
tapi saya rasa bersalah juga.
sebab dia dah risau separuh mati dah.
dia tahu saya dah lambat 2 jam (mungkin)
tapi itu kerja saya, bukan kerja dia.
hari ahad baru boleh tahu keputusan 4 jam eksperimen saya itu.
minta-mintalah yang keluar itu baik-baik sahaja.
kalau tak, mesti senior saya buat muka lagi.
sekarang ni saya rasa macam malas mahu berdepan dengan senior saya.
tataulah mahu rasa apa.
rasa marah? rasa takut dimarahi?
dia sebenarnya baik, supaya dia ni suka kisah pasal orang lain.
busybody.
kalaulah dia duduk serumah dengan saya yang sangat sangat sangat tak kisah orang lain nak buat apa, mesti saya kena bebel hari-hari.
dan mungkin dia akan prone (prone dalam bahasa melayu ape ye?) untuk dapat heart attack.
sebab saya.
heh.
updated: prone = cenderung ;)) [pensyarah UKM kenalah pandai dwibahasa ye tak?]