Thursday, 23 July 2009

might.tight.

Photobucket shakit shakit belakang.

pagi tadi saya tak boleh tidur lena.
saya ingat saya mimpi buruk.
baru saya faham dalam filem atau drama tu kenapa orang tak boleh nak bezakan antara alam realiti atau fantasi.

dalam pukul 1 pagi lebih (mungkin. bilik gelap sangat maka tak nampak jam), saya ingatkan rumah saya dilanda gempa bumi.
dinding berbunyi-bunyi. bergegar-gegar.
serius, saya ingatkan saya mimpi buruk.
tapi minda saya katakan benda ini betul-betul, bukan tipu-tipu.

saya pun buka mata sikit.
betul. dinding berbunyi kuat dan bergetar dengan kadar yang cepat.
saya dah risau. bila masa pulak gempak bumi di Dundee pula?
Dundee Law nak meletup ke?

pastu saya dengar bunyi bising dari sebelah rumah saya.
bukan bunyi bising 'cepat, cepat keluar! gempa bumi!'
bukan. bukan.

bunyi bodoh yang saya dengar setiap selang satu hari.
weyyyyy bongoks, nak buat projek jangan kacau aku tido boleh tak?
rimas wey rimas!
pastu dinding bergegar lagi.
ya Allah. apalah dugaan hidup mcm ni?

saya rasa nak jerit aje sebab marah sangat 'jangan buat bising pagi2 buta boleh tak?'
tapi sebab saya rasa mengantuk sangat dek penangan ubat muscle relaxant saya, saya pun hanya ketuk dinding dekat dengan katil saya tiga kali.

DENGAN SANGAT KUAT.

terus lepas tu, keadaan jadi aman seketika.
ah! saya rasa saya mahu beli headphone yang sangat mahal yang tak boleh dengar bunyi-bunyi dari luar.
tapi bab gegar tu?

kena ubah katil lagilah nih.
haih.