Kini aku perlukan teman, kau kata, Aku mengantuk, letih bermain sukan, lame
Padahal aku tahu dengan orang lain kau akan layan tanpa fikir apa-apa.
Dulu bila aku inginkan bermanja, kau peluk aku dengan kasih sayang.
Kini, jangankan peluk, muka aku pun kau jijik mahu pandang.
Oh! berkenan dengan ayam bodoh rupanya.
Dulu bila kita bergaduh, kau datang tak kira siapa yang bersalah.
Kini, kau kata - lantaklah, kita tidur katil lain-lain.
Padahal aku tahu, kau mahu bermesra dengan orang lain.
Dulu bila aku lapar, kau datang buatkan makanan dengan kasih sayang.
Kini kau kata - dapur kan ada, masaklah apa yang ada.
Dengan orang lain, temankan saya masak ya? saya masakkan untuk awak ya? saya pandai masak (padahal, dia lupa diri siapa ajar dia masak sedap segala bagai)
Dulu bila aku mimpi buruk, kau katakan - jangan risau, mimpi sahaja tu sambil satu ciuman singgah di dahi.
Kini, kau kata - Ni mesti sebab tak basuh kaki lah : lalu pejamkan mata dan terus lena.
Padahal, kau kata (dalam hati) aku kacau kau mimpikan si ayam hodoh/bodoh itu.
Dulu, aku minta apa-apa, beratur panjang pun kau sanggup belikan.
Kini kau kata - ni apa manja-manja? aku bukan laki kau, ok?
Padahal dengan orang lain, ambil bas/flight ke mana-mana pun kau relakan.
Dulu bila aku resah, kau dendangkan aku lagu, buat aku tidur.
Kini usahkan bertelefon, sms pun jauh dari khabar.
Oh! bertelefon dan bersms dengan ayam-ayam hodoh dan bodoh yang lain rupanya.
Dulu bila ibumu mahu datang, kau pinta - mari berjumpa ibuku?
Sekarang, bila ibumu sebut pasal aku, kau kata - huh? siapa itu?
Padahal kau kenalkan dia dengan ayam hodoh itu.
Dulu bila kau jumpakan aku dengan ibumu, kau tersipu-sipu malu katakan - inilah...
Kini jangankan jejak kaki di rumah, nama pun aku pun kau dengar jijik.
Rupanya kau katakan dengan ibumu - mari saya kenalkan si ayam bodoh/hodoh ini?
Dulu kau panggil aku dengan panggilan manja. Aku suka.
Kini jangankan bersaya-awak, berI- you pula. Haktuiihhh.
Rupanya, bermwahsss dengan si ayam bodoh/hodoh rupanya.
Dengan aku - kau katakan pada orang, kawan.
Dengan si ayam bodoh/hodoh, kau katakan my precious, tak mahu mwahs mwahhs mek kah? (haktuuiii lagi)
Padanlah kau boleh hidup tanpa aku berhari-hari.
Sebelum ini kau katakan hidup saya kosong sebelum saya jumpa awak.
Kini, siap asingkan email yang datang dari si ayam hodoh/bodoh.
Tak dapat sehari, nafsu pasti memuncak tinggi.
Ah! kejap ya? saya berikan gambar lagi. Yang uncensored kejap lagi.
Dulu aku minta gambar, dia beri satu CD
Kini minta gambar, dia katakan ah! jerawat sana sini.
Padahal satu CD diberikan bersama souvenir melalui ibunya untuk si ayam hodoh/bodoh di ibu negeri sendiri.
Dulu bila aku diam, dia datang dengan senyum bersinar sampai ke dahi.
Kini bila aku diam, kau kata - oh! macam mana mahu datang, aku pun sakit di sini.
Padahal aku tahu, kau tidur hingga ke tengah hari berchatting sana sini.
Oh! sudah pastilah dengan ayam-ayam hodoh/bodoh tak terperi.
Dulu bila aku minta putus, kau pegang kakiku menangis sambil berlagu pilu.
Kini, bila aku minta putus - kau kata, ok? jika itu mahumu sambil memberi bontot kepadaku.
Rupanya kau sibuk dengan hidupmu bersama ayam-ayam bodoh/hodohmu.
Dulu, bila lapar, mahu sahaja ke Jimmy.
Kau kata, It's on me.
Kini, berkira pound bila membeli ubat gigi.
Bila aku kata belanja ya? Aku seperti tidak didengari.
Oh! berhabis duit belanja ayam-ayam lain tidak pula kau peduli?
Dulu bila aku menangis, kau peluk aku dari belakang.
Kini bila aku menangis, kau memandang tanpa perasaan. Haram peluk kata kau.
Padahal dengan ayam-ayam lain, kau peluk mesra sambil berkata - I didn't do anything.
Kini aku sudah tidak menangis lagi, tidak mencari kau lagi.
Biarkan kau lena di dalam mimpi buatan kau sendiri.
Aku sudah memberikan standing ovation untuk lakonan-lakonanmu tadi.
Walaupun 1 daripada 10 bintang diberikan oleh juri.
Sudah,kau mahu apa lagi?
Berambuslah, ayam hodoh/bodohmu sedang menanti.
*i made it by myself ;)
**di mana cincin saktiku? kau hilangkan ya?
Truly,