Aku tahu kerana bila terjaga aku masih ketawa.
Menakutkan.
Eh taklah, ia sepatutnya menjadi sesuatu bahan yang menggelikan.
Lawak sungguh badut itu.
(nak gelak lagi...)
Aaahhh... sudah lama aku tidak ketawa begitu kuat.
Tipulah tu, aku ketawa sentiasa dalam hati.
Dan bila bersama-sama kawan-kawan juga.
(tapi nape aku rasa sunyi?)
errr, satu soalan untuk aku.
kenapa bila orang kata jangan diganggu, mesti semua orang mahu mengganggu?
kenapa bila anda mahukan seseorang di sisi, anda akhirnya akan rasakan diri ini selalu keseorangan?
mungkin kerana anda tak akan dapat apa yang anda minta kerana anda tidak tahu apa yang diminta
(soalan senang saja tu)
ada seorang sahabat datang meminta maaf sempena raya mahu dekat ini.
wahhh... dia tak buat salah apa-apa pun dengan aku.
ni yang aku malas nak minta maaf balik ni.
tapi kena buat juga la kan?
(mcm tak ikhlas aje) :P
oh! sahabat-sahabat dah merancang mahu raya ke sana sini.
konvoi saje tidak lagi.
lepas itu, nak merancang ke sana ke mari menghabiskan duit biasiswa.
mcm aku tak tahu.
kali ini, aku mahu jadi ekor, penat mahu merancang apa-apa.
(tapi driver dan co-driver sila beri pada saya ye?)
aku sudah penat.
minggu ini sudah mahu habis.
aku sudah berkira-kira untuk berhari raya.
walaupun tiada baju raya dan kuih raya dan duit raya, aku mahu beraya juga.
(silap-silap dapat raya di Malaysia, yahooo!)
*bestnya dapat raya di Malaysia... angan-angan