Thursday, 18 September 2008

si.ayam.berbulu.emas.

Perempuan itu datang kepadaku lantas memelukku erat.
kemas. sampai sesak nafas.
dia cium pipi aku.
satu. dua. tiga.
ada perasaan di situ.
dia pandang aku. aku tak berkedip.
apa?
aku rindu kau. kau sihat?
aihh? semalam baru saja bergomol dengan engkau di pentas itu. rindu lagi?
dia senyum lebar. aku suka.

perempuan lain. tiba-tiba pelukku dari belakang. cium pipiku, lama.
terpana. aku senyum aja.
sihat? senyuman bermakna.
suka pipi kamu. suka lihat kamu. tidak jemu.
aku malu.

seorang perempuan lain. tepuk belakang. luruh jantung aku.
kau nampak muram. kau senyum, tapi muram. masalah jiwakah?
aku mahu saja menjerit:

"aku baru sahaja membaling batuan kepada sebiji halkum. tiada apa dosa. dengan izin Allah, batu itu berkecai lalu terkena tulang rusukku yang bengkok. sakit. aku mahu sahaja menangis tapi tak jumpakan air mata"

mari, kita jamah kasih sayang yang ada? perempuan ini makhluknya pelik. dia tahu dia pelik tapi mahu sahaja jadi begitu. jangan risau. syifa' itu datang dari segenap nafas peparumu, lalu masuk ke akalmu untuk mengajar jiwamu berubat.

selawat banyak-banyak. muka jadi riang.

jiwaku senyum kembali. sakit? ada sikit, tapi bisa diubati.