Thursday, 18 September 2008

dua.lapis.bayang.bayang.

iktikaf.
di sebelahku duduk yang muda. sebelah lagi yang tua.
mahu berbicara? kata yang tua.
aku senyum. tapi aku tidak mengangguk.
dia faham reaksi aku.

iktikaf.
yang muda minta perhatian. aku memberi, tapi tak sepenuhnya.
aku hadiahkan dia sesuatu dari poket ajaibku. dia senyap. dia pandang aku dalam.
dia cium aku - ini pesta kasih sayangkah?

iktikaf.
aku harapkan satu keajaiban berlaku. bersama hujan turun aku berteleku lalu meminta pada yang satu.
aku lihat bayang-bayangku. ada dua. mana datangnya lagi satu? ataupun itu salah mataku?
itu sebabnya orang tua-tua panggil itu bayang dan bayang. kau tak mengerti?

cuba kau iktikaf, dan lihat bayang-bayangmu sendiri.