Selamat datang, kampungku.
Aku rindu padamu. Rindu jalan itu. Rindu saat itu.
Di situ tempat aku mengenal diri.
Di situ tempat aku jatuh dan belajar berdiri.
Malam ini bulan terang.
Tidak bulat tapi cahayanya terang.
Aku ke pantai, bermonolog indah.
Sambil melihat bulan itu berbicara padaku.
Sihatkah engkau?
Mana senyum dan gelak tawa kau yang dulu?
Aku bilang, itu sudah ditelan dek bayu laut.
yang kerjanya datang pergi.
Bukan ombakkah yang jahat?
Disuruh ke sana ke mari saban hari?
Aku senyum sendiri.
Bulan membalas senyum tidak terperi.
Malam ini indah ya?
Seakan meraikan kepulanganku?
Kasihmu sahaja sudah dirasai berpuluh batunya.
Tidakkah kau tidak sedar yang itu?
Aku lapang hati.
Nanti aku datang lagi.
Ingat janji kita ya?
Aku rindu sama kamu.