Dia fikir aku tidak tahu rancangan hatinya.
Dia fikir aku tidak boleh membaca pergerakannya.
Senyum sahaja aku.
Selagi dunia ini berputar dua puluh empat jam sehari.
Selagi bulan itu mengelilingi bumi.
Aku tahu apa yang berlaku di sebalik semak akalmu itu.
Aku senyum. Aku senyum. Aku senyum.
Kerana orang katakan pada aku, 'Senyum itu satu sedekah.'
Sila jaga periuk apimu itu ya?
Atau mahu aku katakan takung hati jahatmu?
Aih, aku tidak kisah.
Kerana lakonan engkau bertahun dahulu dengan sekarang apa bezanya?
Jangan mencari simpati yang begini.
Kerana duniaku kau sudah campakkan ke sini.
Duniamu itu sudah kau pasakkan ke tempat yang lebih serasi.
Bukankah kau yang lebih mengerti?
Aku tidak hairan. Kau bikin sajalah projek hati dan akalmu itu. Aku masih tidak hairan.
Selamat Berjaya.
*Senyum sendiri*