Thursday, 18 September 2008

pagi.itu.tenang.



0555 : Hirup udara segar. Pagi-pagi.

Burung menyapaku, arnab liar minta bermain-main. Aku buat tak peduli.
Mana matahari? Malu dengan akukah?

Aku langkah kaki. Pergi ke arah hidupku kini.
Sepi.
Aku yang minta sendiri.
Perlu pergi.

Seorang budak perempuan menyandang beg yang sarat.
Kesian, kecil-kecil mahu menyara hidup sendiri.
Tabik hormat, sedang yang lain masih diulit mimpi.

Tak sampai lagi, jalan ini.
Jalan yang aku pilih, aku harus lalui.

Gila! Akalku kata.
Pergi! Jerit separuh yang lain.

Masih tak sampai lagi?
Sudah sampailah hati. Apa lagi?

Aku berdiri, di situ - sepi.
Aku fikir-fikir. Fikir-fikir lagi.

Jam nam setengah aku pergi, jauh dari jalan tadi.

Puas, buat hari ini.