Hati kau terdetik. Terkadang terhenti.
Langkah kau tidak bernafas. Tapi kau masih boleh berkedip.
Kau berjalan dan berjalan dan berjalan.
Kau rasa kau sudah penuh.
Sebab kau fikir sudah jumpa jigsawmu.
Kau fikir sampai ke mati pun kau takkan berjumpa yang muat.
Tapi kau selinap masuk dengan rasa padat.Rasa puas.
Kau jalan dan jalan dan jalan lagi.
Kau fikir kau sudah penuh.
Kemudian, kau rasa satu persatu rasa itu gugur dari hati.
Kau tanya diri, inikah yang aku cari? perlukah aku berhenti?
Mana dia? Mana dia?
Jangan kau hilang dari mataku. Jangan kau pergi terlalu jauh.
Sebab aku tidak mahu kembali ke pemikiran asalku - mati sia-sia.
Kerna aku tahu, nikmatnya rasa berdua.