mari kita rayakan hari ini.
yang hangat hanya kerna senyummu itu.
kau mengimbaukan kenangan silam.
balik ke memori manis.
aku tatap kau, aku cium kau.
ah! mulus saja kulitmu itu, suci sahaja hatimu itu.
kutatangmu kejap ke dadaku.
"kaulah yang paling aku sayang" bisikku ke telingamu.
kau senyum sambil tertidur.
cepat sahaja aku rapat denganmu.
aku lihat kau dari jauh, melalui lubang hidungmu, melalui retinamu.
kau bernafas dengan cara aku bernafas.
kau melihat dengan cara aku melihat.
sejuk hati.
kini kau jauh, tapi kau masih dalam hati.
walaupun nafas kita tidak sama, pandangan kita berbeda.
aku tahu hati kita masih satu.
kau sudah ada jalan kau sendiri.
dan aku perlahan-lahan membiarkan kau pergi, mencari haluan sendiri.
pernah aku menangis melihat kau bertatih
pernah aku menangis melihat kau cuba berbicara perih
kini air mata jatuh lagi.
kau sudah menitip dewasa.
dan aku tidak mampu untuk melihatkan yang itu.
aku sudah tidak sanggup.
sebab aku takut aku akan kehilanganmu.
selamat memilih persimpanganmu sayang.
jangan lupakan yang di sini.
yang selalu titipkan doanya ke mana langkahmu pergi.
Untuk yang teristimewa, Selamat Hari Lahir buatmu.
19 September 2008