Wednesday, 24 September 2008

di.mana.kamu?

Deringan berbunyi tidakku angkat.
Sudah dua hari beriktikaf sahaja di rumah.
Kakak-kakak dan adik-adik bertanya, "di mana si comel itu?"
Aku ada sahaja di sini, tidak mahu diganggu.

Nanti adalah yang mengetuk pintu rumah.
Memberi sekadar apa yang ada.
Masih ingat lagi kalian kepadaku ya?
Jangan risau, aku sihat-sihat sahaja di sini.

Aduhai, sungguh besarnya kasih sayang kalian kepadaku.
Jika mahu dibalas, memang tidak cukup.
Terima kasih kerana selalu mengambil berat.

Teringat pula rakan-rakan semakmal.
Jika tidak datang ke makmal sehari, esoknya mesti dipeluk.
'Anda sihatkah?'
Aku senyum pucat.
Tapi hatiku berbunga pabila terasa dikasihi.

Itulah kasih sayang yang Allah telah berikan padaku.
Aku sangkakan aku hilang semua kasih sayang itu.
Tapi Allah gantikan dengan kasih sayang yang lebih besar.
Dan yang paling penting, mereka tidak akan pernah tinggalkan aku.

Terima kasih ya? Nanti kita peluk-peluk kasih lagi.
Tunggu, biar aku baik dahulu.

Photobucket