Friday, 26 September 2008

Rumahku.Syurgaku.

(Rasa macam di hotel tak?) Minus keluarga Paddington saya
dan lampu porno itu, saya rasa seperti berada
di penthouse idaman saya.


Aku rasa ceria pagi ini.
Entah kenapa, seperti ada sinar baru.
Habis sahaja bersahur aku mengemas.
Di dapur, di bilik.

Aku rasa segar.
Mahu berbaring tapi katil terlalu indah untuk dicemar.
Bercadang untuk ke tempat kerja awal pagi.
Senang cari parking kerja pun cepat habis.

Hari yang indah, walaupun matahari belum pun memancar.
Sudah berkira-kira mahu buat sesuatu minggu ini.
Sedang berharap sesuatu yang indah minggu ini.
Harap segalanya mengikut hajat hati.

Selamat bercuti kepada semua.
Nanti kita jumpa lagi ya?

Photobucket