sang momok sedang berlari riang.
dia katakan 'aku bahagia, mahu melompat denganku?'
di tangannya ada pelangi, yang dia rekakan : 'datang selepas hujan'
ataupun kau simbah air di permukaan yang panas itu berterusan?
dia kata dia bahagia, aku apa ada?
aku senyum sinis. duka itu hidup aku. bahagia itu mungkin engkau punya.
tak apa, lompatlah engkau sekuat hati
jeritlah pada sang dunia yang tak pernah kesah akan kewujudanmu
kau fikir kau sudah sarat, kerna kau fikir aku kosong?
ah! modal fikir kau sahaja apa validnya?
aku tak kesah.
sebab kau momok.
sebab kau ortodoks moden.
dan engkau goblok. tak paham?
GO.BLOG.