mahukan snek sebelum tidur.selalu bila aku ke gym ataupun bermain sukan, aku selalu curi-curi pandang badan perempuan-perempuan lawa.
pada aku, badan perempuan lawa tu yang sangat sangat mantap, bagi seorang wanitalah.
skang aku dah boleh tahu badan perempuan itu hasil dari pergi gym ataupun hanya diet semata.
aku mahu jadi seperti itu.
malah, aku sedang berusaha ke arah itu.
aku baca artikel senaman.
ada orang kata, kalau setakat berlari atas treadmill tak jadi apa jugak.
yang penting, kena ada resistance.
kalau nak lari, make sure mesti ada siri lari pecut dan lari-lari anak.
masa aku masuk kelas bike for advanced pun dia ajar begitu.
8 kali kayuh high-resistance, 8 kali rest-mode. buat sebanyak 8 set.
masa aku masuk kelas pilates, toksah cakaplah.
lipat kaki sana, pusing-pusing badan.
sakit!
sekarang aku rasa aku mahu rehat sekejap.
mungkin akan ke kolam renang sekali dua.
mahu cuba-uji latihan berenang aku yang telah berkarat.
PIC aku kata badan aku tough macam Dr. Torres dalam cerita Grey's Anatomy.Hahaha! Aku tatau nak terima itu sebagai complement ataupun mahu terasa.
Tapi terus terang aku katakan, aku sukakan badan yang macam itu, cuma lebih tough dan lagi firm.
macam perempuan-perempuan yang main volleyball.
haih! nampaknya kena berusaha lebih keras lagi selepas ini.
