Restoran Jati sudahpun bankrupt.
Penang Village pun.
Ini sahaja Restoran yang ada.
NING. (Sila klik di sebelah)
tak. tak. Owner dia bukan Ning Baizura. Ownernya orang UK. Baik sahaja melayan walaupun kami dah kepenatan mencari restoran-restoran Malaysia di situ. Walaupun dah nak dekat waktu tutup kedai.
Owner sangat peramah. Yang datang ke situ pun bukannya pelajar pun. Except kamilah. Itupun kami bukan belajar di Manchester. Dan kami dah bekerja pun.
... sebab rata-rata harga makanan di situ memang mahal.
sepinggan kuey teow goreng 9pound. Logik x?
sepinggan nasi lemak 15pound.
macam makan kat Madam Kwan tapi tukar RM kepada GBP sahaja.
tapi sebab kami dah penat dan lapar serta kepingin makanan Malaysia, kami tak hiraukan semua itu. Kami sangat lapar sampaikan boleh makan starter dan main dish sekaligus! tapi aku suka gila air aloe vera & honeynya! two thumbs up!
memang banyak orang-orang tempatan di situ. Owner tu pun ramah berborak dengan kami. Walaupun dia hanya boleh bercakap SEDAP? MAHU APA LAGI? itu pun sudah membuatkan hati kami berbunga.
dia tanya kami, macam mana boleh datang sini? nak tengok Estrella ke?
aku pun macam dengar-dengar tak dengar.
WHO? Estrella? Who is she?
Owner tu bagilah flyer. Dia suruh datang tengok diorang perform. Bila balik hotel, aku pun telefon PIC tanyakan siapakah itu Estrella? Dia kata kumpulan ni agak-agak famous di Malaysia.
tapi aku tak kenal, macam mana nak pergi tengok?PIC aku dengarkan lagu dalam youtube melalui telefon beliau. Haih, takde feellah.
Tapi bila dah dengar betul-betul, baru tahu sedapnya lagu-lagu mellow kumpulan ni. Aku mainkan saban hari sehingga ke hari ini. Katakan sahaja aku out-dated, tapi aku sukakan Liyana dan suaranya!
oh ye. Jika mahu datang ke Manchester, silalah singgah ke restoran ini ya? Selain ambiencenya warm dan cosy, makanannya juga sedap. Siapa yang kuat makan, mesti suka! :D


