lunch break, everyone!pagi tadi seperti yang dijangka aku tidak boleh tidur.
aku tahu sebab selepas makan ubat tidur dan panadol aku masih tidak boleh lelap.
aku risau, aku tahu.
sebab IBS aku makin teruk.
nasib baik PIC aku meneman di internet.
haihhh, kenapa aku rasa dia tiba-tiba super baik nih?
dia kata dia tak competent untuk menjadi seorang doktor.
aku kata aku pun taklah brilliant untuk berbuat PhD ni.
tapi kata-kata semangat dia memang membangkitkan jiwa aku yang lemah ini.
'no need to be brilliant to do a thing - you just need a guidance'
haih.
pagi ini aku pergi sekolah dengan perasaan longlai.
cadang naklah pergi selepas subuh tapi sebab dah tidur lambat aku sambung tidur balik.
golek golek golek mata tak terkatup jugak.
bila dah sampai sekolah, aku tengok muka kawan-kawan aku.
muka takde perasaan.
tapi bila dalam meeting room, masa menunggu Mr Godzilla, kami berborak sakan.
tiba-tiba aku rasa hari aku sangatlah bahagia.
dan yang paling gembira adalah Mr. Godzilla tak masuk meeting.
dan tak ramai yang ada, sebab hari ini Easter Monday.
tapi Mr. Godzilla seorang Buddhist (lah sangat kan?!)
dia lepas datang aje, dia terus cari aku.
aku dah doa banyak-banyak sebelum pergi sekolah supaya bila dia pandang muka aku dia tak jadi marah.
aku tunjukkan semua results yang patut aku tunjukkan pada dia sebelum aku ke conference.
dia kata well done! dia suka.
pada aku, this is me for today.
tapi bila tengok anak-anak aku, semuanya mati.
incubator penuh fungus.
bila aku buang anak-anak aku, aku terasa kena infected sikit.
sebab lepas tu aku rasa sakit tengkuk dan tekak aku sakit.
aku sedar antibodi aku lemah sekarang, so kalau orang batuk sebelah aku pun aku boleh terjangkit.
aku dipaksa berpindah ofis.
ofis aku akan berada di sebelah bench aku.
aku dapat bench baru dan terpaksa berkongsi ofis dengan seorang research officer lain.
aku looking fwd untuk yang ini.
pertama: sebab bench aku akan jauh gila dengan ofis Mr. Godzilla. aku tak suka tengok muka dia hari-hari.
kedua: bila aku berkongsi ofis, aku akan jadi lebih rajin. aku nak get over PhD ni secepat mungkin.
ketiga: akhirnya aku dapat jadi seorang researcher yang rajin. Chayo2!
maka, aku akan berpindah mulai esok.
doakan aku. doa-doa kamu sangatlah aku harapkan. terima kasih.