Wednesday, 22 April 2009

if.i.were.a.boy.

Photobucket bangun awal pagi hari ini! :P

bangun pagi ini seluruh badan lenguh-lenguh.
memang padanlah. sebab semalam aku main squash macam tak ingat dunia.
sambil dengar Tijah nyanyi kuat-kuat dan pukul bola sepenuh hati.

sekarang tengok apa dah jadi?

itu sebab aku rasa jadi lelaki sangatlah best.
selain boleh workout/bermain sukan dan senang nak buff, mereka juga tak perlu nak jaga badan sangat.
pada mereka, makan bukanlah benda nombor satu dalam prioriti.
mungkin rokok lagi penting.

aku rasa lelaki ni manusia jenis yang sangat beruntung.
mereka tak perlu nak rasa tanggungjawab sangat nak tanggung keluarga.
tahu tak kamu bahawasanya si isteri yang lebih banyak berkorban untuk semuanya?
dari bab pergi ke pasar, memasak, menjaga anak. urus rumah.
tu belum masuk nak jaga lelaki.
siapa kata lelaki yang 'menanggung' keluarga?

seronok jadi laki ni.
bila-bila dia mahu ego, orang akan kata - biasalah tu. lelaki.
cakap dia ajalah yang betul.
dah diorang kata mereka ada 9 akal, bukan ke?

punyalah seronok jadi lelaki ni, bila-bila nak tackle awek cuma guna modal mulut aje.
kadang-kadang tak perlu ada duit pun.
dah kata perempuan zaman sekarang lebih kaya/mampu, ye tak?

laki tak perlu mengandung, tak perlu juga rasa mahu beranak.
bila-bila ada masalah, mereka juga pandai melarikan diri.
apatah lagi bila berlaku konflik dalam sesuatu perhubungan, jalan terbaik adalah berdiam diri.

senangnya jadi lelaki bila-bila keluar sesama lelaki, mereka mudah aja mesra.
walaupun mereka tak pernah kenal satu sama lain.
senang aje, sama ada borak pasal bola, rokok, bola, rokok dan specially perempuan.

lelaki ni kalau dress up amik masa 5-10 minit aje, dah terus jadi hensem-kachak-bergaya.
tak mandi pun takpe. asal muka tak serabut oklah.
muka yang macam tu pun boleh tackle awek lawa, macam mana?

ada lelaki yang baik, ada juga lelaki yang so-so, ada juga lelaki yang keji gila.
ada juga lelaki metroseksual, ada juga lelaki lembut, ada juga yang terlebih sasa.
setiap ciri-ciri lelaki ada baik dan buruknya.

lelaki baik memanglah baik tapi tak adventurous. monotonous aje.
lelaki yang so-so ni selalu termasuk dalam kategori muka tak bape lawa, hati pun baik-tak-baik, tapi ada inisiatif nak betulkan diri sendiri.
lelaki keji gila toksah cakaplah. aku benci. main perempuan sana sini. menipu tu dah kira pekerjaan tetap. apa lagi nak buat benda lagi teruk dari itu.
lelaki metroseksual sedap dipandang tapi tak tahan kalau berhubungan. kalah perempuan!
lelaki lembut walaupun hal-hal pelajaran dan rumahtangga ok, aku rasa mereka perlu suntikan testosterone untuk mengembalikan kelakian mereka. siapa yang mahu seorang doktor lembut? awwwww!
yang terlebih sasa ni aku tak bape minat. lagi gerun adalah.

tapi dalam banyak-banyak jenis lelaki aku rasa lelaki yang hisap rokok adalah yang jenis sangat penyayang dan seksi.
aku tahu. aku tahu. lelaki pandai pada aku pun seksi.
jujurnya aku 'benci' orang yang sedut asap rokok ni.
konon-konon bagi alasan tak sihatlah.

tapi makin lama aku tilik aku rasa orang yang hisap rokok ni ada semangat kekentalan dalam diri mereka.
selalunya mereka hisap kerana pengaruh rakan sebaya dan nak handle stress.
maka, pada aku - lelaki mcm ni tahu apa erti susah dan macam mana nak uruskan rasa susah itu.
dan entah kenapa aku rasakan geng perokok lelaki ni lagi penyayang dan setia dari golongan lelaki lain.
korang ada sebab musabab yang kukuh tak?
ke aku sorang aje yang fikir-fikir begitu?

dulu aku masa kecik-kecik aku rasa benci gila lelaki.
dan mahu jadi seperti lelaki.
mahu kuat seperti lelaki.
lelaki tak mudah menangis.
lelaki bila stress dia cool aje.
ego lelaki tinggi.

tapi bila dah makin meningkat dewasa, aku rasa apa-apapun perempuan adalah species manusia yang terbaik yang Allah ciptakan.
walaupun dia kuat menangis.
walaupun dia nampak lemah.
walaupun dia kena buat kerja itu ini.
walaupun dia punya 9 nafsu 1 akal.

namun jika dia tahu bagaimana mahu masuk ke syurga, nescaya dia patut bersyukur seronoknya menjadi seorang perempuan.

Allah itu Maha Adil, bukan?