separuh.sadar.geylong.aku baru sahaja bangun.
kini baru sahaja pukul 11.30 malam.
bukan waktu yang utama untuk bangkit dari pembaringan.
aku bangun kerana aku tidur dengan seluar yang ada bau muntah dan masih berbaju yang sama sewaktu aku keluar tadi.
aku rimas.
aku juga bangun kerana aku mengalami mimpi pelik.
phewwww! sangat pelik.
aku bermimpi sedang membuat small discussion dengan salah seorang akak di Dundee ini.
tentang hukum-hukum agama pulak tu.
aku terbaring penat/kurang sihat sejak petang tadi.
badan aku sungguh lunyai kerna dek perkara yang telah berlaku petang tadi.
aku bertaubat tidak akan melakukannya lagi.
cerita ini tidaklah berkaitan dengan berita buruk yang aku dengar semalam.
semalam selesai sahaja aku mendengar kisah jantan durjana dan kisah-kisah fairytale yang boleh dijangkakan itu, aku terus tidur dalam keadaan lena tidak lena.
kemudian pagi ini aku bangkit awal dari tidur.
aku mandi. aku ke makmal.
pukul 8 pagi aku tercegat di ofis baruku itu.
suatu yang aku jarang buat tatkala hari-hari kerja yang biasa pun.
aku buat kerja.
aku baca blog orang yang aku tak kenal.
sudah masuk mahu tengah hari, aku cadang mahu ke carboot sale.
aku pelik juga kerana PIC aku mahu mengikut.
aku berjumpa dengan Cik I yang baru sahaja sampai dari Glasgow.
tiba-tiba semasa di Carboot dia katakan begini...
"tahu tak adik si *toooot* ada kat sini?"
aku terkejut.
sebab pertama: dia bukannya tahu si *toooot* punyai adik berapa dan umur berapa.
sebab kedua: aku dah tahu perihal itu sehari sebelum itu.
sebab ketiga: dari mana dia tahu? aku rasa dia tiada 2nd degree friend(s) yang berkaitan dengan si *toooot* itu.
aku abaikan.
aku tak mahu jahanamkan hari ahad yang indah dan sangat panas ini.
selesai sahaja ke carboot, PIC mengajak ke taman tema berdekatan di Edinburgh.
"tak sampai Edinburgh pun - dekat aje pun"
"kau patut naik, rugi tak naik - benda ni setahun sekali aje"
aku pun terbeli helah beliau.
sambil-sambil memandu aku menyumpah jugalah jauhnya kena memandu.
kira-kira 40 minit dari St. Andrews jugalah.
baik aku ke Edinburgh dan makan nasi pilau di masjid.
tapi bila sudah sampai sana, memang berbaloi pun.
taman temanya bukanlah sebesar yang di Alton Tower ataupun di Dayton Manor yang berada di England itu.
tapi cukup besar untuk di Scotland sahaja.
dengar kata yang terbesar di Scotland.
aku setuju. kerana theme park di Aberdeen pun tak sebesar yang ini.
kalau kamu sukakan ketinggian, baik naik yang ini.




kamu sukakan bungee jumping, baik ambil yang ini.



kamu suka pusing-pusing, naiklah yang ini.




kamu sukakan bungee jumping, baik ambil yang ini.



kamu suka pusing-pusing, naiklah yang ini.
satu, satu kami jalan.
lebih satu batu jugalah berjalan.
cantik, menarik betul pada pandangan kami.
PIC aku mengajak bermain itu ini.
Cik I tidak mahu. Dia kata itu tidak menggembirakan beliau.
Aku pun pernah berkata pada diri sendiri yang aku tidak mahu naik permainan naik-turun-bawah-pusing-pusing-sampai-pening-kepala.
aku dah serik.
tapi hari ini aku rasa aku dah lupa bagaimana rasa itu.
aku terbeli lagi sekali pujuk rayu PIC aku.
tips dia sebelum ride itu bergerak - angkat tangan dan buka mata.
aku pun cubalah.
tak sampai 10 saat, ride itu naik ke atas dan berpusing-pusing.
aku merasakan aku seperti di angkasa.
aku terbayangkan yang aku ini Syed Muzaffar.
aku pejam mata.
tapak tangan kanan aku pautkan di lengan kiri.
dan aku menjerit!

tak sampai seminit, ride itu semakin perlahan.
aku lega.
kemudian tiba-tiba aku terdengar seseorang di mikrofon berkata:
"are you ready for another spin?"
kepala hotak kau!
aku dilontar ke orientasi yang berlawanan dengan orientasi awalnya.
aku dah tak sanggup.
aku terasa seperti berada di dalam botol yang sedang berkocak hebatnya.
aku terasa badanku dilambung ke atas ke bawah.

aku terus senyap dan beristighfar.
dalam hati, bila selesai sahaja ride ini, aku mahu sepak PIC aku.
habis sahaja nightmare tersebut, aku jalan terhuyung-hayang.
aku dah tak nampak dunia.
aku terus capai palang, terduduk.
aku rasa mahu muntah.
aku terus cari bahu jalan dan duduk sambil memicit kepala.
tak sampai 30 saat selepas itu aku muntah.
PIC dan Cik I terkejut.
Diorang tak sangka aku akan jadi begitu.
Cik I bergegas mencari air.
PIC bergegas mencari paracetamol.
aku rasa sungguh lembik.
aku duduk sekejap.
Cik I picit-picitkan belakang dan kepala.
dia suruh aku jalan.
bila aku berjalan aje, aku muntah lagi.
lama juga duduk di situ dan menagih tenaga untuk berjalan semula.
aku dah taubat. aku tidak mahu naik benda itu lagi.
kemudian dari itu, kami terus ke kereta dan aku terus lembik di kerusi penumpang.
walaupun masih pening aku paksa juga kepala aku untuk tidur.
dahlah mengambil masa sejam lebih untuk sampai Dundee pula.
sampai sahaja rumah, aku masuk duvet dan terus tertidur...
sehingga kini.









