
dia kata aku haibat. aku kata aku loser!
subjek: aku dan dia.
lokasi: dirahsiakan.
nota: sila berfikiran lurus ok?
dia kata tak perlu bersedih.
aku kata kenapa perlu bersedih? aku tak mahu bersedih. kalau mahu sedih selalu baik mati aje.
dia kata tak perlu gusar.
kenapa perlu aku rasa gundah-gulana? sebab aku tak dapat apa yang aku inginkan dalam hidup?
aku bukan dalam denial. aku dah boleh terima kenyataan. sejujurnya aku dah jangka benda ni berlaku sudah lama .
aku punya hidup berganda baik dari dia.
aku punya orang yang boleh pompomkan aku 24/7 (walaupun jarang sangat berjumpa)
aku punya segalanya yang mampu buat aku bergembira.
kenapa aku perlu bersedih?
dia kata hidup mesti terus.
pandang ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang.
aku angguk-angguk dengan nasihat basi itu.
aku mahu hidup gembira.
aku mahu jumpakan portion hidup aku yang gembira itu.
cuma aku tak terjumpakan.
aku tahu aku kuat.
dia kata aku kuat.
semua orang kata aku kuat.
itukah ayat semangat yang aku mahu dengar?
jujurnya - aku sangat sangat sangat demotivated.
semangat mahu belajar asyik plateau aje.
keinginan untuk hidup berdua makin membuak-buak.
kerja entah ke mana, minda entah ke mana.
dia kata aku perlu fokus.
sesuatu yang boleh buat aku lupakan masalah-masalah hidup.
aku katakan aku mahu berhenti.
berhenti dengan segala-galanya, dan lari.
dia bilang jika lari dapat apa?
sesudah penat berlari, mahukan apa?
dia kata aku perlukan sistem.
sistem sokongan. sistem hidup. sistem keluarga.
ah! dewasa sungguh ayat-ayat itu.
malas mahu dengar.
ye. Dr. TAD - being a loser doesn't make me sad but winning never makes me happy.
but now i feel (un)happy yet i didn't win anything. oh no. i think i did win a thing. at least i gain my pride and my own self.