Wednesday, 29 April 2009

i.wanna.be.your.stranger.

Photobucket sugar rush.

baru balik dari kelas STEPS.
aku tak berapa suka sangat kelas hari Rabu sebab instructor dia garang dan sangat cergas.
untuk 25 minit pertama aje aku dah nak pengsan.
lain benar dengan kelas hari isnin haritu.

balik aje rumah rasa macam dah tak cukup nafas.

malam ni aku masak aje apa yang ada dalam peti ais.
aku nampak tauhu dan sayur-sayuran.
mengambil idea Cik I, aku pun stimlah tauhu tersebut dengan sayur-sayuran tersebut.
sangat sedap! macam kat kedai cina.



ok, habis dah meleleh air liur?
kita cite benda lain pulak.

tadi masa dalam kelas STEPS tadi aku ternampak seorang mamat kacak di luar kaca.
pernah tak korang terserempak dgn mamat kacak dan dengan muka tebal gi mengurat mamat tersebut?
AKU PERNAH. tapi untuk kawan akulah.
(kau gila ke nak aku pergi mengurat untuk diri sendiri?)

aku kadang-kadang fikir dalam dunia ni perkara yang paling best adalah menjadi orang asing.
bila kau tengah tunggu bas di tepi jalan kemudian kau nampak orang sebelah, boleh aje borak-borak.
bila kau di dalam kereta pastu kau nampak orang kat tepi jalan terjatuh, kau boleh gelak sesuka hati tanpa orang tahu.
bila kau pulak tersadung kat depan mamat kacak yang kau tengah usyar-usyar, malunya hanya 5 minit aje.
bila kau jumpakan seseorang di keramaian, ramahnya hanya kekal di situ sahaja.

sebab kau boleh disengage benda tu bila-bila masa sahaja.

aku tahu cakap-cakap ni bunyi seperti seseorang yang tidak mahu komitmen.
tapi aku lebih suka konsep no strings attached.
aku sebenarnya lebih suka konsep partner daripada terikat dengan sebuah perkahwinan.
sebab pada aku, orang sekarang dah salah anggap konsep perkahwinan.

itu sebab ramai orang tak kekal di tengah jalan.
itu sebab aku berkira-kira tak mahu berkahwin.

entahlah. mungkin hari ini aku cakap lain.
mungkin bila esok bangun pagi, aku rasa mahu kahwin pula.

cehh, macam keling.