Thursday, 16 April 2009

nak.ada.boifren.nak.gi.honeymoon.dengan.kadar.yang.segera.

Photobucketsedang bermalas-malasan.

aku masuk sekolah aje tadi terus tunjuk muka kat Mr. Godzilla.
aku buat muka toya.
dah kata sakit gigi.
lepas borak-borak kosong dgn dia, dia suh aku pindah meja masuk dalam makmal.

maka, secara rasminya aku terpaksa bekerja keras.
dah tak boleh chatting-chatting dah.
dah tak boleh update blog dah.

kena buka jurnal.jurnal.jurnal.
dan of cos buat kerja.kerja.kerja.
bench pun dapat sendiri-sendiri punya.
empat langkah aje dengan meja aku.

pastu Mr. Godzilla suruh aku bincang pasal projek aku dengan senior aku.
dah bincang-bincang, aku dengar-dengar semalam Mr. Godzilla mengamuk kat senior aku yang mahu viva esok.
sib baik aku takde semalam.

aku dengar-dengar juga (bila dah duduk dalam makmal 24,7 kau mesti bergosip) yang dua orang dalam group kami akan blah tak lama lagi.
termasuk office mate aku yang baru ni.

tu sebab Mr. Godzilla suruh aku pindah masuk makmal rasanya.
Tadi pun masa dia nak suh aku pindah pun dia kata dia pun tatau apa nak jadi dengan department ni.
haihhhhh!

aku suka ofis baru aku.
kalau dulu meja aku dalam bentuk cubicle aje.
kongsi 5-6 orang dalam satu bilik besar.
sekarang aku kongsi 2 orang aje.
bila office mate aku blah, aku sorang jelah yang duduk situ.

bilik memang cosy gila.
pandangan luar mengarah ke playground memang direka khas di tengah-tengah bangunan hospital kanak-kanak.
tadi aku lihat seorang ibu bermain dengan anaknya yang berumur dua tahun.
sangat comel.
nak tangkap gambar kamera tiada.
handphone pun hasil gmbr tidak memuaskan.
updated: ofis baru aku.

tengah hari tadi aku cadang mahu ke bilik solat.
pastu tengah jalan terserempak dengan Ms J.
borak-borak dengan dia di kafe tingkat 5.
aku cerita kat dia, aku nak kahwin.
been married and divorced herself (padahal baya aku) dia kata itu semua hormonal aje.
rasa nak disayangi, rasa nak kena peluk.

padahal bila dah dapat, nthg big about that.

dia tanya aku, kalau aku nak kahwin, kena mak bapak carikan ke?
aku cakaplah adeke orang skang buat mcm tu?
dan dia pun pelik lalu bertanya... 'bukan asians mmg mcm tu ke?'

haihhhh...

aku cakaplah aku takde boifren. manalah nak cari?
aku ni pun ala-ala dah give up dengan Mr. A aku ni.
aku rasa mcm nak gi cari no fon Mr. A dan cakap dengan dia yang aku suka kat dia.

tapi PIC aku tak kasi.
dia kata nanti Mr. A takut lalu melarikan diri, mcm mana?
patience is a virtue.

maka, aku kena bersabarlah setakat ni.
aku dah niat, kalau aku dapat Mr. A, aku nak gi pusing-pusing Swiss dengan dia.

Geneve, Lausanne, Bern, Basel, Zurich, Lucerne, dan Lugano.

Haih, patutkah angan-angan aku ni menjadi kenyataan?
Usaha itu tangga kejayaan.