Thursday, 23 April 2009

yoga.dan.tauhu.

Photobucket rehat-rehat nonton siri F.R.I.E.N.D.S.

aku baru aje lepas makan malam.
sebelum tu balik dari yoga.
kesan sakit badan dari main squash dua hari lepas dah ok sikit.
kalau kamu rasa-rasa sakit badan sebab main-main, belajar-belajarlah streching ok?

kelas yoga ni baguslah juga.
selalunya satu siri kelas bertahan sampai 50 minit aje tapi untuk kelas ini berlangsung selama 1 jam 10 minit.
ramai jugak yang datang kelas hari ini sampai sendat kelas.
nasib baik kaki tak bertemu kepala orang lain. hehe.

balik aje tadi aku terasa nak makan sup sayur.
selalu yang suka sup-sup ni Cik Puan Farahlah.
tapi bila dah potong-potong sayur, dah kerat-kerat tauhu terasa nak buat tomyam la pulak.
yang kelakarnya bila masak punya masak, boleh pulak tertukar kepada resipi paprik.

itulah saya, lain yang rancang, lain yang jadi.
tu sebab malas nak berjanji dengan orang - sebab tahu mesti akan berubah hati.
mintak-mintak jangan masa akad nikah nanti tetiba rasa nak terkahwin dengan pengapit plak.
*uhuk2*

aku bakal sibuk sampai isnin depan.
lepas meeting aje aku akan rasa sangat lega.
buat masa sekarang, aku dah jarang boleh online.
siang ke sekolah sampai lewat petang.
kemudian, jika sempat akan bermain sukan atau ke kelas senaman.
malam kalau sempat tengok sitcom setengah jam.
kemudian tidur.
itu ajelah rutin aku hari-hari.

sekarang ni aku punyai subconcious mind yang pelik.
mungkin sejak naik ride haritu, kepala aku asyik pusing-pusing aje.
kalau tidur aje, mesti mimpi New Zealand.
tengah jalan-jalan dengar Tijah melalak tetiba aku teringat pasal New Zealand.

sekarang bila fikir-fikir balik, aku rasa aku nak berhijrah ke New Zealand.
bukan dalam masa terdekat ni, mungkin dalam masa 5-6 tahun.
aku lagi suka kalau bakal suami aku pun berfikiran begitu.
nasib baik tiada lagi calon-calon suami.

aku percaya instinct aku.
aku nak mulakan hidup baru.

=) selamat makan malam!