Thursday, 30 April 2009

kenapa.saya.jadi.vegan.

Photobucket nak bla bla bla. tak boleh?

DR. TAD tanya aku kenapa jadi vegetarian.
teeeeeetttt... salah. mana ada aku jadi vegetarian.
tapi aku mengaku dah sebulan aku addict makan tauhu.
sebab itu aje yg senang makan dan sedap.
selalu kalau aku balik dari sekolah tak de menda yang lagi senang masak melainkan tauhu.
letak dalam oven 2 minit dah siap.
selalu aku makan dengan kuah rojak.
atau sedut macam tu aje.
atau mungkin buat stim(bot).

tadi tengah hari, ada budak makmal sebelah datang pada aku dan bertanyakan yang ini:
terasa tak nak jalan-jalan kat luar sana? cuaca macam best.
aku pun dalam hati katalah "hotak hang, tak nampak ke luar tu mendung dan hujan?"
tapi sebab aku pun tak buat apa-apa aku gi la teman dia.
pusing-pusing satu hospital sampai naik berpeluh ketiak.

rupa-rupanya dia nak mengadu sesuatu kat aku.
adeiiii... kalau cari orang lain takleh ke?
tapi sbb aku faham tak ramai muslim dalam department kitorang maka aku layankan ajelah.
pastu aku ajak dia ke kafe, aku kata jom minum sup - ari dah sejuk.
ade ke dia kata "owh, i gtg - got smthg to do"
cetttt dia tinggalkan aku.
**** tol la kan.

tapi takpe.
aku kan manusia cool.

tadi masa aku baru-baru aje sampai ofis, aku terus beli dua pasang seluar jeans online.
sebab aku rasa-rasa seluar slack aku ni dah agak-agak longgar. uhuk2.
takpela, ada discount, beli ajelah.
macam nilah orang yang takde masa nak kuar gi beli baju.
beli ala-ala online aje.

kemudian Cik Nunu berikan aku website yang best.
macam tahu-tahu aku aje suka dress yang comel-comel.
dia berikan aku yang INI.
aku memang sangat sangat sangat sukalah kan.
aku suka DUA DRESS INI:
tapi aku suka lagi dress yang no 1.
tapi aku takut nak beli sebab mahal.
aku bukannya kaya sangat.
banyak lagi kot menda yang aku boleh beli.
dah tu, aku baru aje beli 2 pasang seluar jeans.
macam mana?

aku dok teringat-ingatkan dress ni sampai bila buat kerja asyik terjatuhkan barang aje.
lagi angau dari ingatkan ex-BF ok?
aku macam ni lah.
bila tak dapat, pagi petang siang malam mimpi.
bila dah dapat, campak dalam almari aje.

haih...
mungkin aku kena istikharah malam nanti.

updated: tak sempat lagi istikharah, aku dah beli satu dress (klik, jangan tak klik) yang lain. sangat comel ok? dah harganya tak sampai separuh dari harga dress yang aku mahu tadi. SYUKUR! malam ni boleh tidur lena!