sedang lepak-lepak depan PC tatau mahu berbuat apa.aku mahu nonton movie online.
aku tak mahu download, nanti HDD aku crash, kena viruslah apalah.
tapi susah nak cari movie online sekarang.
nak kena isi survey la natang mende aje.
aku tak pindah ofis lagi.
sebab fellow yg pegang kunci ofis beliau baru aje pulang dari bercuti.
dia baru aje nak kemas-kemaskan barang.
esoklah kot.
aku mahu nonton cerita I Love You, Man.
dan Dr. TAD, aku sedang berusaha untuk menonton cerita yang kau tengok itu.
aku rasa tak salah apa yang kau rasakan itu.
sebagai manusia itu normal.
itulah namanya humane.
oh ye. Orang kata Sabah tu memang rasa macam negara orang, tak macam Malaysia.
Kau dah sahkan kenyataan itu. Itu yang membuatkan aku lagi mahu pergi.
Sabah memang dalam list percutian aku.
Sipadan specifically.
Mungkin lepas kau dah kerja lagi dua tahun dan aku kumpulkan duit gaji aku selama 2 tahun mungkin kita boleh pergi bersama-sama.
kalau kau suka divinglah.
by that i mean advanced diving
ada seorang abang di sini mengajak aku rowing untuk summer ni.
aku memang sangatlah berminat, cuma aku rasa aku tak bersedia untuk latihan-latihan yang bakal dijalankan.
mana taknya, sebelum dapat mengayuh aje, kau kena dapatkan sijil open water.
kau kena berenang dengan baju yang kau pakai, bukannya swimming suit atau lycra.
pastu kena masuk gym sedari kol 7 pagi.
tu belum petang Rabu untuk kayuh mengayuh.
banyak komitmen.
aku ni pulak tak suka komitmen sangat.
untuk membeli kit mengayuh pun aku rasa mahal, haih.
sukan mana yang tak perlu keluarkan duit?
unless kau pinjam semua barang orang lainlah.
itupun ada ke orang nak kasi pinjam tiap2 kali?
updated at 2142:
tadi aku bermain tenis.
bodoh betul bila ada anjing datang kedek-kedek kutip bola tenis untuk aku.
tuannya pulak sengih-sengih bagi balik bola tu kat aku.
aku ingat nak suh dia letak kat raket aku tapi nampak macam kurang ajar kat orang tua pula.
aku pun peganglah dengan basah-basah air liur anjing tu.
bila aku pegang, anjing tu ingat aku nak baling bola tersebut. dia pun mcm nak terkam aku.
aku ni fobia anjing.
tapi sejak kebelakangan ni dah ok sikit.
lagi ok dari kucing kot.
aku rasa kucing lagi suka gigit orang dari anjing.
itu kalau anjing sinilah, anjing malaysia garang nak mati.
aku baling selipar pun agaknya dia baling balik selipar tu kat aku.
so, aku pun baling balik bola tu kat anjing tu.
anjing tu suka bukan main.
dahlah badan besar makkk aiiii.
tuannya dah geleng-geleng kepala dah.
aku dah kata banyak kali.
ambik ajelah bola tu, aku ada banyak lagi.
dia degil. dia kutip bola dari anjing tu, pastu bagi kat tapak tangan aku.
benda ni jadi 3/4 kali.
aku dah fed-up dengan air liur anjing tu merata-rata.
last-last bila anjing tu rasa-rasa nak terkam aku, aku bagi telunjuk kat dia dan aku jerit
NO! sambil gerakkan jari ke kiri dan ke kanan.
anjing tu pun senyap.
dan dia beralih kepada tuannya.
haihhh... nasib baik aku ni rajin juga menyamak bekas-bekas anjing.
lepas menyamak, terus takde mood nak main tenis lagi.
tapi takpe. orang-orang Aberdeen suka main tenis.
insha'Allah kalau aku naik bebila aku ajaklah adik-adik aku main sekali dua.
mesti diorang suka.
BTW, terima kasih kepada Irfan sebab sudi temankan bermain badminton. Walaupun tiap kali lepas main dia kata dia rasa penat sebab selalu kena kutipkan bola. hahaha! Kesian budak kecik tu.