Sunday, 12 April 2009

everybody.is.everyone's.enemy.

bangun pagi hari sudah terang!
dapat pula berita gosip hangat.

haih. aku kena stalk lagi.
masalahnya kena stalk dari orang yang aku tak kenal.
takda masalah yang serius pun sebenarnya tentang itu.

kisah ini pernah terjadi ketika zaman friendster dan berblog aku yang dahulu.
aku stalk kau, kau stalk aku.
pastu makin aku rasa dah tua ni, aku rasa sangat bodoh berbuat begitu.

aku tak main facebook.
jarang benar bukak friendster.
tapi aku masih berblog.
sebab aku rasa itulah truly escapism aku.

aku hanya berkongsi hasil luahan hati aku dengan kawan-kawan aku.
sehingga kini, aku masih mahu kawan-kawan aku lihat perkembangan kisah aku.
itu sebab tiada ruangan komen merata, tiada pula link untuk blog-blog kesukaan aku.

sebab aku rasa ini dunia aku.
dan terus terang aku katakan, aku tidak suka berkongsi.

dan pagi ini ada seseorang telah membuka blog aku daripada link kawan-kawan aku.
aku tahu yang itu kerana aku tak sewenang-wenangnya beri kebenaran orang untuk berbuat begitu.
this ain't a free world and i'm not that liberal.

tapi sekarang aku macam sudah tidak peduli.
dan aku pun macam tidak mahu tahu apa isi hati orang yang membaca blog aku ini.
jika kau mahu korek rahsia kawan-kawan aku, tempatnya bukan di sini.
semacam kumpulan Qaeda, kami ada base tersembunyi yang aku rasa kau pun tak boleh cari.

hmmm... buat seseorang, i'll always be there for you. even though i'm not really agree with you. and i think that what friends are for, to be there for each other.

dan aku tak pernah terkejut. sebab orang pandai adalah orang yang sangat pelik dan gila. i'm not even surprise that i heard people even relentlessly muttering that to me.

life's cruel. something that you should've known.

----

semalam PICku menunjukkan 10 atau lebih kawan-kawan beliau yang masih single.
termasuk abang beliau.
aku tolak mentah-mentah.
bukan aku tak buka hati nak cari yang lain, cuma seorang pun tak buat hatiku berdegup.

melainkan seseorang.

dan yang peliknya, aku tak pernah lihat wajahnya bagaimana. tapi aku rasa aku hampir jatuh padanya.

bila terdengar sahaja kisah si dia yang baik, alim dan super pandai - terus aku rasa dia seksi.
bila sahaja terdengar kisah dia mahu kerja di sini, terus aku rasa ada harapan dengan dia.
permasalahannya: aku hanya kenal dia pada nama.

haihhh. gila rupanya aku ni.