baru selesai nonton movie the notebook.
aku tertarik kerana ada Rachel McAdams dan Ryan Gosling.
aku tak pernah tahu cerita ini.
jujurnya aku memang jarang akan nonton cerita sebegini.
malam ini aku serah kalah.
malam ini air mata itu jatuh juga.
aku sukakan kasih sayang yang ditunjukkan.
aku sukakan chemistry yang ditunjukkan oleh hero dan heroin.
bila nonton cerita ini, aku terlupa yang cinta itu boleh jadi yang sejati.
cinta orang dulu begitulah.
you're the one.
kalau mahu, katakan mahu.
dia kata ikut kata hati.
walaupun tujuh tahun menanti.
aku percaya pada cinta sejati.
aku juga percaya pada cinta pandang pertama.
tapi aku tidak percaya perasaan itu di akhir zaman ini.
terima kasih kepada yang melakonkan cerita ini.
setidaknya ia mengajar aku untuk tidak berputus asa.
sekurangnya ia memberi semangat untuk aku teruskan hidup.