sedang mencari mood.Hari ini hari saya berehat-rehat.
Alhamdulillah gigi sudah tak sakit.
Mungkin sebab kumur air garam (nasihat dentist nih)
Mungkin juga emosi dah stabil, maknanya badan sudah tiada simptom2 distress.
Bila hari ini tidak berbuat apa-apa selain menonton cerita-cerita lama, membuatkan saya berasa sangat homesick.
Oleh kerna itu saya pun survey tiket balik Malaysia.
Tapi takde duit yang cukup nak beli tiket, macam mana?
Nak balik kampung, orang kampung entah-entah nak terima ke tak nak.
Cehceh macam telah berbuat onar sahaja bunyinya.
Tak. Tak.
Aku sebenarnya telah berjanji pada diriku dan PICku yang aku tidak akan balik kampung dalam jangka masa terdekat ini.
Kecuali masa Majlis Graduasi Adik Nunu sayalah.
Mungkin juga untuk Kursus Kahwin nanti.
Karang kalau aku hilang, mati kena kutuk 10 hari 10 malam.
Haihhh...
Aku juga telah memikirkan sesuatu hari ini.
AKu fikir-fikirkan kata-kata Cik Puan Farah.
Haihhhh... Dia 'salahkan' aku sebab terlalu memilih.
Dia blame aku sebab aku menjadi diri aku.
Hukum alam mana yang kata aku tak bleh jadi diri aku?
Hukum manusia mana yang katakan aku kena berubah untuk species yang bernama lelaki?
Haih... mana nak cari lelaki yang berbau sedap walaupun tidak memakai perfume?
Mana nak cari lelaki yang sedap dipeluk?
Mana nak cari lelaki yang boleh buat aku mengong 180 darjah?
Mana nak cari lelaki yang hanya looking forward pada aku dengan penuh kasih sayang?
Mana nak cari lelaki yang mampu untuk membina sebuah keluarga bahagia?
Haihhhh... mana nak cari lagi ni?
Mood belajar aku telah hilang.
Ini baru sahaja beberapa hari berjalan-jalan.
Cuba bayangkan kalau aku balik Malaysia selama sebulan?
Tak ke haru tu?
