Tuesday, 30 June 2009

my.sister's.keeper.

Photobucket

masa penaip menaip bait-bait untuk blog ini, dagunya masih punyai titis-titis air mata yang belum kering.
tudung beliau habis basah.
mata beliau bengkak.

kerna cerita ini (tajuknya di atas nun).

dia dah lama nak tonton cerita ini.
habis sahaja sekolah, dia pulang ke rumah - solat dan makan.
kemudian langsung sahaja ke panggung.

dia mahu menangis tanpa sebab hari ini.
mesti menangis hari ini.

panggung penuh.
ramai gila orang perempuan.
yang lelaki samada nak teman girlfriend atau bini, yang bujang macam tiada aje.

siapalah yang mahu tonton cerita sedih begini?

penulis suka semua lagu-lagu dalam cerita ini.
mesti cari OSTnya.
banyak genre TAD rasanya.


penulis mahukan lelaki seperti Taylor Ambrose sebagai boifren beliau.
sangat sangat sangat mahukan lelaki seperti beliau.
tapi penulis mahu berkahwin dengan lelaki yang fizikal dan jiwanya seperti Brian Fritzgerald.


penulis mahu jadi sekental Sara Fitzgerald.
ego mencanak tinggi tapi fragile rupanya.


sepanjang cerita ini, dalam menangis penulis ketawa juga.
hidup ini indah rupanya.
penulis mahu hargai hidup beliau sebaiknya.

Ah! Si Jodi Picoult ini pandai sentuh-sentuh hati orang ye?