and she said she'll never bowl again.tanda stress sudah berkurang.
aku tahu kerana masalah aku satu, satu sudah selesai.
Alhamdulillah.
selepas presentasi 40 minit yang sepatutnya habis dalam masa 30 minit berjalan dengan lancar.
Cik I mengajak untuk meraikan kejayaan ini.
Ala, dia pun sudah naik 2nd year, bukan?
Dia sanggup turun Dundee.
Dia kata, dia pun mahukan lepaskan stressnya di makmal.
Aku ikutkan sahaja.
Dia mahu belanja ayam goreng.
Aku kata, meh sini aku masakkan untuk dia.
Jimat belanja.
Lagipun barang runcit dalam rumah aku 3 tahun masak pun tak habis.

Okla dia kata.
Itupun sebab kedai ayam goreng dah tutup.
Kami pun masak burger ayam (2 biji seorang!) dan dinner bersama.
Dia teman aku ke makmal sambil-sambil buat kerja sambil borak selepas itu.
Kemudian dia kata dia mahu tonton wayang.
Aku tak mahu. Mahal sangat dan cerita bukannya best pun.
Setakat cerita Twillight aku tak hingin tengok.
Kalau The Reader tu tunggu kat TV pun tak kisah.
YesMan boleh download aja.
Dia cadangkan boling.
Dah lama benar aku tak berboling.
2 tahun agaknya.
tak, tak. nak masuk 3 summer dah tak main.
aku dulu kata aku sudah tidak mahu bermain sukan itu.
banyak sangat memori.
yang bila waktu dulu aku sanggup ponteng makmal sebab nak main dengan si dia.
yang mana waktu dulu aku sanggup bayar unlimited untuk main satu hari suntuk sampai lenguh lengan dan pinggang.
itu semua waktu dulu-dulu.
tapi semua orang pun moved on.
termasuk dia.
oleh kerana malam itu untuk meraikan aku, aku turutkan aje.
mula-mula tak pernah tahu pun ada bowling alley di Dundee.
sampaikan masa nak sampai ke tempat yang dituju (guna GPS walaupun dekat gila dengan rumah aku) rasa mcm tempat tu dah mati.
tak macam kat Aberdeen, dari luar aje dah nampak gempak.
Tapi bila kami masuk aje, tempat tu sendiri memang lively.
Ajak beberapa lagi singles yang ada.
Sekadar memeriahkan suasana.
Mula-mula mahu main satu game saja.Kemudian dah gian, terus top-up main sampai kedai tutup.
Rasa seronok itu datang kembali.
Bangun paginya badan rasa lenguh2.
Rasa malas pula ke makmal.
Ke bandar untuk menemankan Cik I mencari barang.
Sambil lepak di kedai kopi sambil berbincang tentang kehidupan PhD.
betullah orang kata, kita mesti berkawan dengan orang yang setaraf dengan kita.
kerana cara pemikiran itu sendiri yang membuatkan kita boleh stay lama dengan orang tersebut.
dan terima kasih juga kepada encik myrul (mintak-mintaklah dia tak baca diary online aku nih) di atas pemberian email stress tersebut (walaupun tak pernah mengadu dan tak pernah meminta).
hmmm... mungkin hari ini aku perlu ke makmal.
misscheritacerithi kena bekerja dengan lebih tekun lagi!
kena berusaha!