sedang berkira-kira mahu membeli sebuah travel journal dan polaroid camera.saya kurang sihat.
tapi sedari tengah hari semalam pukul 2 petang sampai pukul 2 pagi masih tidak boleh tidur.
anxiety mungkin.
saya tak mahu ke makmal.
tak tahu kenapa.
orang lain rajin aje ke makmal.
apa sindrom yang melekat kat aku ni?
saya tidak mahu bersosial.
tapi mahu ke gym, bermain tenis ataupun mungkin berjalan-jalan di taman.
sekarang musim demam.
tahu yang itu pun sebab banyak gila iklan ubat batuk-demam-dan-selesema kat TV.
tahu itu bila semua orang pun bersin-bersin.
baik aku duduk rumah, kang kena jangkit naya aje.
ok. aku rasa aku stress.
aku nak rehat, makan puas-puas sampai muntah.
oh ye, dari minggu lepas aku timbang-timbang berat badan dah turun 2 kilo.
tapi jangan risau, aku stress ni lepas binge-eating mesti naik 3 kilo.
orang kata kalau lelaki turun berat badan tak nampak ketara sangat, kalau perempuan turun berat badan adalah nampak hasil yang memberangsangkan. maka, kamu pahamlah kalau aku naik lagi 3 kilo kan? heh.
*dah mandi, dah subuh. apa resolusi aku hari ini?