rasa-rasanyalah kan...roh aku masuk kembali ke tubuh pada pukul 4 pagi.
mungkin tak selesa aku tak berbaju tidur.
atau mungkin sakit perutku buat aku tak keruan.
aku bangun. aku minum susu. aku cuba untuk tidur kembali.
golek-golek. masih tak boleh tidur.
dalam kepala otak aku masa tu fikir apalah kisah anak-anak aku kat makmal, sihat ke idak?
aku bangkit, aku cuci muka, pakai ubat ketiak pastu terus pergi ke makmal.
gelap lagi. baru pukul 5 lebih, bisik hati.
takpelah, nak tengok anak-anak.
tabah aje ke hospital.
rasa nak siapkan kerja awal.
betullah kata orang, kelebihan orang yang bangun awal pagi adalah dia boleh selesaikan kerja dengan cepat dan dalam kadar 2 hingga 3 kali ganda dari masa-masa biasa.
eksperimen seterusnya yang mengambil masa 4 jam aku habiskan dalam masa 1 jam 45 minit. dan peliknya, aku mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Allah mahu tolong aku tu, alhamdulillah.
Habis sahaja bersembang dengan makcik cleaner dan senior technician aku pun balik sebelum budak-budak lain sampai sekolah.
Alasan aku? Demam.
Padahal aku takde mood nak lepak lama-lama. Kerja aku dah selesai pun.
Sekarang: aku nak tengok movie back-to-back.