Thursday, 22 January 2009

olive.butter.

Photobucket baru sahaja mengalami mimpi buruk. *sigh*

bangun-bangun tidur tadi aku melihat imej diri di cermin.
dengan rambut kusut masai, dengan pin rambut entah ke mana, getah rambut tercampak sana sini.
tapi jangan risau, rupa aku bukan mcm Aisyah 50 sen.
bukan-bukan. *sambil geleng-geleng dan menidakkan menggunakan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan*

tapi ianya buat aku terfikir.
inilah cinta ye?
maksud aku - macam mana lelaki boleh mencintai (atau menyayangi) isterinya walau bagaimanapun keadaan isterinya.
yang dulu masa kenal-kenal kurus keding, sekarang badan macam dipam-pam.
yang dulunya asyik bersolek bila keluar dating, sekarang muka penuh dengan tepung gomak.
yang dulunya asyik makan luar, sekarang pun masih makan luar.
yang dulunya pakai baju up-to-date, sekarang cuma berkain batik berbaju kapas 3 sepuluh ringgit.

itulah cinta.

cinta itu bukannya bergantung pada rupa paras semata.
cinta itu bukannya juga dinilai pada suara manja dan menggoda.

itu nafsu.
bukan cinta.

pesan untuk diri sendiri - jika seseorang itu tidak mampu melihat sedalam-dalamnya personaliti kita, kenapa kita perlu mengharapkan apa-apa dari mereka?

cuba cari orang lain.

*cakap senanglah kan?