sedang mengalami kekejangan otot. kurang sodium agaknya.
Gambar: Kredit pada Pengarah Program Kursus Penghayatan Solat, Cik Nawwal.Hujung minggu lepas memang sangat sibuk. Dari hari Jumaat kisah kerja yang memanjang tak habis. Dengan janji yang mahu ke Aberdeen esoknya untuk menghadiri kursus solat. Dengan malam itu pergi bermain ice-skate walaupun kat Malaysia tak pernah main. Siap jatuh (sekali je) bengkak sana sini. Dengan memasak supper tengah malam tersebut. Dengan tak cukup tidurnya terpaksa bangun awal pagi untuk lead segerombolan warga Dundee ke Aberdeen. Perjalanan yang selalunya 1 jam sudah menjadi 2 jam. Bak kata Cik N "Kita buat kursus hari Sabtu pagi ye, bukan Ahad malam" Hehe. Seharian kursus pun sudah sangat penat. Tapi terasa sangat berbaloi. Walaupun malam itu tidur awal tapi tidak boleh lelapkan mata. Terasa resah berbaur gelisah. Tapi alhamdulillah lena juga. Bangun awal pagi kerana Cik N membuka rumah untuk sarapan. Request nasi lemak lauk ayam goreng! (sila baca dengan nada upin ipin). Mahu menonton wayang 3-D tapi cermin mata 3-D habis pula. Salahkan orang-orang yang tak reti bahasa amik 2/3 cermin mata. Korang ingat korang ada 4 pasang mata ke? (nada tak puas hati). kemudian jalan-jalan di sekitar pantai. Cuba mencari jalan masuk ke rumah api tapi hari makin gelap. Tapau fish and chips, makan-makan sambil nonton wayang di rumah. kemudian terpaksa memandu balik dari Aberdeen ke St. Andrews. Tak cukup dengan itu, terpaksa singgah pula ke rumah Kak M untuk meminjam guna floppy A. sampai sahaja rumah sendiri terpaksa kemas rumah, segarkan diri, analisis data untuk mesyuarat hari isnin. PIC (partner-in-crime) meneman hingga 2 pagi sambil-sambil berkaraoke lagu-lagu retro. dan hari isnin terpaksa bangun awal pagi untuk siap sedia bermesyuarat.
haih.
dan penat itu sampai sekarang pun tak hilang-hilang.
kisah kursus penghayatan solat aku upload kemudian di bebelism.
haih.
dan penat itu sampai sekarang pun tak hilang-hilang.
kisah kursus penghayatan solat aku upload kemudian di bebelism.