Tuesday, 20 January 2009

tentang.aku.

Photobucket hypo > hyperglycaemic. rasa mahu lompat-lompat!

aku tak suka buat benda yang sama 2 kali.
tak suka tengok wayang cerita yang sama dua kali.
sama ada aku akan buat-buat tertidur ataupun aku lompat wayang tengok cerita lain.

tak suka juga pergi tempat yang aku pernah pergi.
buat apa pergi tempat yang sama berkali-kali sedangkan banyak tempat lain yang boleh pergi?

aku maksudkan bila pergi bercuti.

dah berapa kali member ajak gi paris tapi aku tak mahu.
apalah best sgt dengan paris pun aku tatau.
kalau nak buat roadtrip pusing France best juga.
Gi Nice, Lyon nak gak aku ikut.

Tapi ada satu tempat ni aku nak pergi.
Geneve.
Aku pun tatau kenapa.
Summer 2006 aku ke situ.
Banyak betul kenangan yang hebat dan tak boleh lupakan.
Dan aku masih rasa tak puas.
Nak jalan-jalan lagi ke Old Town dan berhenti main chess.
Nak pusing-pusing naik basikal pusing Lake Leman.
Nak masuk kawasan yang dibenarkan berbogel mandi-manda.
Hehe.

Aku nak pergi ke Zurich juga.
Pusing2 Swiss.
Walaupun barang-barangnya mahal, tapi aku nak gi sana lepak-lepak tenangkan diri.
Duit Swiss Franc pun aku masih simpan.

Tengah tengok-tengok ticket flight.
Harap-harap harga tiket murah.

*stress buat lab.