tiada selera makan. entah! anxiety mungkin?hari pertama bermula sekolah.
sapa dia sapa mereka.
orang lama menghilang, orang baru pula muncul.
hidup memang begitu.
tiada apa yang lebih menggembirakan apabila mendapat sesuatu yang diidam-idamkan.
tak perlu mahal-mahal pun.
Aku suka saja jeruk dari Penang yang Cikgu Nik belikan.
Aku gemar aja anting-anting yang Encik Imran hadiahkan.
Aku makan aja kalau ada orang buatkan tempoyak di bumi UK ini.
Aku pakai aja baju kurung yang berharga RM50 yang Abah beli dengan taste kampungnya itu. Siapa kata kampung itu tidak best?
Aku bukannya materialistik sangat pun.
aku mendapat hadiah dari Cik/Mr Klause tahun lepas.
Oleh kerana aku sudah lama tidak ke sekolah baru sekarang berkesempatan membuka hadiah tersebut.
aku pegang-pegang hadiah tu. macam lembut. keras pun ada.
ah! teddy bear ke?
sudah-sudahlah tu.
aku dah banyak gila koleksi beruang.
ke aku comel sgt sampai dia belikan beruang tersebut?
Dan yang magisnya selipar itu muat-muat kaki aku!
(sambil fikir-fikir siapa yang tahu saiz kaki aku)
Dan aku mendapat setin teh cina yang sgt sedap!
(sambil fikir-fikir siapa yang tahu aku sukakan teh cina)
Apa-apapun! inilah hadiah yang aku suka! Sebab aku dah lama mahu belikan selipar rumah yang fluffy! Dan di dalam rumah ini tersangatlah sejuk yang amat (ok, ni penggunaan ayat BM yang sangat salah)
Tidak perlu lagi memakai stokin di dalam rumah, yeay! :D
Terima kasih Cik/Mr Kringle Klause!