Saturday, 3 January 2009

he.misses.me.too.

Photobucket kini sedang gilakan lagu No Air. Sila salahkan The Music Factory kerana telah mencalonkan lagu ini antara lagu terbaik 2008.

DIA.
Dia suka minum teh susu.
Taruk gula merah, warna hijau punya susu. Semi-skimmed.
Bancuh dalam mug besar. Warna putih. Khas untuk dia.

DIA.
Sukakan barangan teratur.
Toiletries mesti disusun elok-elok.
Ternampak baranganku di situ juga.

DIA.
Hidup lebih kurang macam aku.
Sunyi.
Ramai kawan tapi kadang-kadang rasa sunyi.
Tapi masih boleh senyum manis.

DIA.
Lawaknya masih sama.
Modal lain-lain tapi gelaknya masih sama.

DIA.
Nampak comel bila buat-buat muka innocent.
Sangat comel bila masih mahu menunggu di muka pintu.

DIA.
Masih ingat saiz bajuku berapa.
Masih tahu aku suka apa dan tidak suka apa.

DIA.
Masih ingat kenangan lalu.
Masih tahu gerak hatiku.
Masih tahu membaca mimik mukaku.

AKU dan DIA.
Kami menjalani hidup yang sama.
Sama tapi tak serupa.

Kini baru kutahu.
Tanpa sedar aku adalah sebahagian daripadanya.
Now and then.

Syukur.