Benda-benda itu terjadi bukan sebab aku sukakan kereta tapi Abah aku tu GILA kereta. Oleh kerana dia cuma ada satu badan, sepasang kaki dan tangan untuk memusing stereng dan menekan minyak/brek, dia turunkan koleksi kereta-kereta beliau pada aku.
Masa aku belajar untuk lesen memandu dulu, aku tak dibenarkan langsung memegang stereng kereta beliau. Ceh, takut rosaklah kereta-kereta tersebut. Aku dipaksa untuk 'menjahanamkan' kereta makcik aku kat kampung. Aku ingat masa tu aku pakai kereta wira, stereng dia berat mak ai. Tegang rasanya lengan aku ni.
Walaupun instructor memandu aku sumpah-sumpah aku tak akan dapat lesen, aku berjaya juga lulus dengan cemerlang. Ujian bertulis markah penuh ok?
Selepas itu, barulah Abah aku bagi aku pegang stereng kereta beliau. Tapi dengan syarat - TAK ADA PELEKAT KERETA "P"
"Buat malu kaum aje" ujar beliau. Heh.
Alhamdulillah, selama dua tahun aku memandu, tak pernah kena saman. KECUALI saman laju sebab aku suka bawak laju.
Apa kelas bawak Benz laju 110kmph aje? Buang karan aje.
Hadiah pertama ketika aku berumur 17 tahun selepas mendapat lesen kereta adalah sebuah kereta race. Semua kawan-kawan laki aku suka gila naik kereta ni. Tapi aku tak kasi diorang pandu sbb syarat pertama yang Abah aku letak - hanya aku seorang aje yang boleh bawak kereta itu. Aku hormat aje.
Dengan kereta tersebut ade beberapa saman laju kena rekod. Nasib baik kereta tu tak sempat pindah nama aku lagi. Heh.
Abah aku tak tahan, dia kasi sebuah kereta Benz. CLK Cabrio. Tapi aku lenjan bawak 220kmph. Kena lagi saman.
Dia tak tahan lagi. Dia kasi aku kereta Mazda Cabrio yang lama. Yang bila aku pecut 100kmph aje meter dah berbunyi teeeeet... teeeeeeeet.... teeeeeeeeeeeet...
Terus tak jadi pecut. Rupanya dia suh aku belajar untuk mematuhi peraturan jalan raya. Dan aku cuba. Masih tidak berjaya. Siapa suh letak 90kmph kat area Jalan Sungai Besi? Kena lagi saman.
Tapi beliau tak pernah marah. Beliau tanya aku lagi. Mahu kereta lain ke? Aku cakap, kalau nak bagi, aku amik.
Dia belikan aku kereta mini yang lama. Yang itu takde harapan lah nak pecut 100kmph. Gilos. Tapi masa zaman ni aku baru nak rasa belajar sikit2 pasal kereta. Kerana kereta inilah aku tahu, kapasiti minyak bergantung kepada enjin. Malu dowh isi minyak RM50 untuk full tank mini. Padahal 20 hinggit aje. Nasib baik abang tu tak kasi malu aku terang-terang. Perghhh...Kerana kereta mini ini jugalah aku kena stalk dengan orang. Kerana kereta mini ini juga aku femes satu UKM. Kerana keta mini juga aku diajak race tengah jalan.
Tapi aku pulangkan balik kereta ini pada Abah aku kerana aku takut pabila seseorang mengekori dan memberikan nota ingin berkenalan. Cam'onlah weiiii... [padahal dari cara tulis dan pen dakwat basahnya aku tahu orang itu bukan orang-orang biasa]
Kemudian, aku dapat sebuah Cabrio lagi. Ni antara Cabrio Convertible yang paling aku sayang. Banyak juga gosip-gosip liar yang aku dapat masa pakai kereta ni. Ada yang kata aku ada Sugar Daddy. Ada yang kata aku kawan dengan orang kaya. Perghhh, padahal aku tahu diorang jeles sebab tak dpt naik kereta yang bumbungnya boleh bukak! So typical Malaysians kan?Kemudian aku memilih untuk memandu kereta buatan Malaysia. Wira namanya. Itupun sebab makcik aku ada dua kereta. Kira aku 'pinjam', Abah bayar bulan-bulanlah (masa tu aku takde duit...sob sob)
Lama gak aku lenjan kereta tu. Setahun juga rasanya. Mungkin lebih. Kereta tu pun banyak kenangan juga. Kenangan dengan kawan-kawan baik di UKM dulu. Zaman main-main race dengan mamat-mamat saiko dan pervert waktu balik lewat dari nonton wayang. Budus!
Itulah koleksi-koleksi kereta yang aku ingat. Aku pernah juga bawa kereta-kereta yang lain. Dari sebesar-besar kereta hingga ke sekecil-kecilnya. Kancil pun pernah bawak juga. 4WD paling aku suka. Memang kereta idaman aku waktu muda remaja pun.
Antara hobi aku hingga kini adalah memandu. Bila aku stress, aku memandu. Bila aku sedih aku memandu. Bila aku mengantuk pun aku memandu. Bila memandu aku tak fikir sangat masalah. Saat-saat itulah yang paling best.
Sekarang di Malaysia aku memandu E240. Bukan sebab aku nak, tapi Abah yang suruh. Jadi pensyarah mesti ada class, katanya. Heh. Ni macam kes kena paksalah. Tapi aku suka aje. Sebab memang suka kereta besar pun. Ada sekali pandu kereta kecil, tatau macam mana nak parking sebab dah terbiasa park kereta besar, macam mana?Alhamdulillah sekarang ni aku dah tahu sikit2 pasal kereta. Bila pergi bengkel aje, nak jugalah tahu apa yang tak kena dengan kereta kan? Side parking no hal, reverse lagilah no hal. Cuma sekarang aku dah kurang sangat pandu laju-laju. Tak tahu kenapa. Dah tua agaknya.
Balik nanti bila mengajar aku mungkin nak pakai kereta kecik-kecik. Macam Moris Minor ataupun Cooper. Pastu aku nak personalise nombor plat aku. So CheritaCerithi kan?
Haih, kalau macam ni, sampai ke tualah takde sapelah nak dekat dengan aku. Agaknya sesiapa yang nak tackle aku kena bagi hantaran kereta kot untuk hadiah perkahwinan?;))