lokasi: surau hospital
masa: 1.55 petang
seusai sahaja keluar dari tempat wudhu' tiba-tiba berasa terkejut melihatkan ramai gila muslim mahu menggunakan tempat wudhu' yang sama. surau itu kecil, maka tandas cum tempat mengambil wudhu' disediakan satu sahaja.
oleh kerana terkejut dan agak malu kerana ramai sangat doktor-doktor di hadapan mata membuatkan aku terus masuk ke tirai yang dibuat dalam satu bilik yang sama.
sekilas pandang aku nampak seseorang.
'kachak' detik hati.
SUMPAH! aku tak paksa pun hati untuk berkata begitu.
haisssh, tak baik bersumpah.
di balik tabir, selepas sahaja solat Zohor, aku tunggu sekejap menunggu masuknya Asar. Terdengar seorang lagi muslim masuk ke bilik yang sama. Terdengar sesuatu:
'Assalamualaikum' butiran itu sebiji nada suara seorang Melayu. Ye, aku tak silap.
Tapi aku buat-buat tak mendengar.
Kemudian, selesai sahaja solat Asar berjemaah, aku menunggu yang lain keluar dahulu. Malu tahu keluar tiba-tiba dikelilingi oleh lelaki-lelaki? Depan surau pula tu.
Agak-agak seminit dua aku tunggu, aku pun keluarlah. Sambil pura-pura mencari-cari kasut (yang paling lusuh dan buruk di situ), aku mendengar seseorang menyapa:
Melayu?
Aku senyum. Ya Allah! Orang yang sama yang aku terpandang tadi.
Malu sipu-sipu. Tapi menjawab juga. 'Kenapa tak pernah nampak ye sebelum ni?'
'Saya datang dari Glasgow' balas dia.
'Ahhhhhhh! Yang dah ada family tu ye?' Aku jawab dengan sopan. Tapi dalam hati 'OMG, aku telah menyukai lelaki orang!'
Astaghfirullahalazim! aku istighfar cepat-cepat.
Kini aku masih di lab, dan masih terbayang-bayang wajahnya.
Betullah kata seseorang, lelaki orang memang nampak lain. Walaupun ada orang bujang lebih kacak dari mereka. Walaupun lelaki bujang lebih hebat dalam segala-galanya. Mahukan yang itu juga. Baru aku faham kenapa ada orang sukakan lelaki orang.
Haihhhhh! Mintak dijauhkan ye?