Thursday, 11 June 2009

a.moment.with.si.tijah.

Photobucket masa kini - 3.40 pagi.

saya tengah dengar tijah melalak.
kuat. dia teman saya kemas rumah.
saya sejak setahun lepas memang pasang hajat nak buat make over kat rumah saya.
bukanlah cat rumah ke mende, cuma mahu kurangkan barang-barang di rumah saya.

kalau sesiapa yang kenal saya, mereka memang tahu saya suka sangat berbelanja.
saya katakan itu adalah terapi saya.
tapi sampai sekarang saya tak mengaku saya ni shopaholic.

kadang-kadang bila beli barang saya fikir - 'owh, benda ni murah. kalau-kalau ada birthday sesiapa, kan best'
dan saya terus beli tanpa fikir panjang.

ada satu sektor di rumah saya yang tak pernah kemas sejak saya masuk rumah.
oh, bukan satu sektor aje.
banyak sektor kot.
tapi sektor ni memang suka menarik perhatian saya sebab bila-bila saya tengok cermin, saya mesti terpandang sektor tersebut.

saya tahu itulah tempat saya campak barang kosmetik saya.
barang-barang perhiasan saya.
kerongsang saya, jam tangan saya.
perfume tak payah cakaplah.
setengah sudah berbuka, yang lagi setengah buat perhiasan sahaja.



saya juga nampak bil-bil rumah di situ.
ada yang berbuka, ada yang terbuka separuh.
haih, saya ni single tahu?
tapi nak uruskan diri sendiri pun payah.
inikan pulak nak kawen nak jaga hasben dan anak-anak.

ok, saya dah pening.

nota-nota masa saya belajar Master dulu masih ada.
nota masa saya mula buat PhD pun ada juga.
insurans saya, hadiah-hadiah yang banyak gila tak terbukak lagi.
beg liplap mak datin yang Cik Farah berikan setahun dulu pun tak sempat pakai lagi.
ada 3 dompet cantik tak terpakai.

haih.
saya dah kumpul kesemua kertas-kertas yang boleh dibuang direcycle.
itupun tak termasuk lagi stok majalah ujang setahun yang lepas.
kalau ada apek surat khabar, mesti dia beli dengan harga yang tinggi.
sayangnya apek naik motor laung 'old newspaper!' kat sini takde.

saya mahu contact abang kotak lagi.
saya mahu bawak balik segerombolan patung-patung beruang saya.
meja kontot saya.
semua nota-nota saya untuk dibawa mengajar nanti.
blazzer-blazzer yang saya tak pernah pakai (tapi pandai aje beli)
seluar-seluar yang dah longgar (tapi sayang nak bagi kat orang apatah lagi menjual)
blouse dan dress yang cantik tapi kena tunggu musim-musim berikutnya untuk dipakai.
beg-beg tangan yang hanya dipakai 40 bulan sekali.

semuanya saya nak bawak balik.

saya punya dua wardobe yang sangat besar.
sangat besar, kalau ada orang nak main nyorok2, boleh masuk dalam lemari tersebut dan termasuk sekali ke alam narnia. hahaha!
tapi sayangnya deduanya sangat penuh.

cane nanti kalau saya punya rumah dan berkahwin ye?
saya mahu satu bilik khas untuk wardrobe saya.
3/4 untuk saya, 1/4 untuk husband saya.
lemari anak-anak lain-lain.

arghhhh! sapa mahu tolong saya kemas rumah nihhhh?

BIBIK!!!!!