Thursday, 4 June 2009

melankolik.malam.

Photobucket sedang mendengar lagu "dua insan" - M.Nasir & Yusnizar Hussein.
pergh, retro gila.
walaupun lagu ni popular masa aku belum lahir lagi, tapi aku suka layan lagu-lagu macam ni.
"ini barulah lagu" kata abah bila-bila dia mahu protes lagu rap dan hip-hop zaman sekarang.

dinner aku malam tadi adalah roti berlaukkan smoke salmon datang khas dari stockholm.
stockholm ok?
haih, tetiba teringat boifren lama.

semalam ada orang datang rumah.
cemas. cemas.
cik nunu dan kakaknya terpaksa singgah Dundee sebab tren ke Aberdeen sudah tiada.
siapa suruh balik malam-malam lagi.
nasib baik ada rumah boleh crash - kalau tak, tidur kat stesen la kamu.

padanlah dinner semalam terasa nak beli makanan portion yang banyak.
padanlah rasa nak ajak PIC datang umah makan. haha!
ok saya dating dengan PIC lagi.
syssshhhh!

semalam premier cerita Terminator.
terus terang aku tak suka mengikut pun cerita-cerita yang dulu.
ni tengok pun sebab orang kata best.
kata boleh tonton wayang banyak-banyak kali.
tak kesah pun lah nak tengok cite ape pun.

ok, sambung cerita.
nak dijadikan cerita aku dapat call dari Nini, si kakak Nunu.
tup tup diorang kata diorang otw ke Dundee.

diorang sampai dah nak masuk tengah malam jugalah.
kemudian, dengan muka lapar Nunu pun kata - "kitorang lapa nasi"
hahahaha! sapa suh gi Stockholm tak ajak?
kan dah tak jumpa nasi dah...

lepas temankan diorang makan, kitorang pun borak-borak sampai lepas subuh.
nasib baik aku dah tidur petang sebelum tu, so rasa tak mengantuk sangatlah.
kemudian lepas subuh dalam pukul 4 pagi, barulah menghalau PIC balik dan kami pun tidur.
kol 9 kena bangkit pergi sekolah.
jeles gak tengok diorang tidur :(

pastu tengah hari pergi makan tengah hari kat luar.
masuk hari ini dah empat hari stret aku makan kat luar.
aku rasa badan aku bloated gila.
penuh dengan makanan yang sarat dengan MSG.

esok makan lagi best-best.
kata tamu istimewa mahu datang.
malam ni aku masak Nasi Ayam Hainan untuk tamu tersebut.
kena masak malam ni sebab takut esok sibuk kat sekolah.

petang tadi lepas hantar Nunu dan Nini ke stesen bus, aku pun mencuci kereta apa yang patut.
siap polish dashboard, steering wheel, beli pewangi kereta, TAK BLEH BLAH.
ni semua gara-gara tamu istimewalah nih.
sampai balik aje rumah, terus tertidur dengan tudung melekat kat kepala.

haih!
oppps, rebusan ayam sedang memanggil.
kalau nak rasa nasi ayam saya, datanglah rumah (ajak-ajak ayam je nih, kata masak nasi ayam :P)

taaa~!
- slang dundonians untuk thank you dan bye.

**psssttt - tahu tak apa maksud IKEA? maksudnya IDEA. Ni cerita-cerita dari orang yang baru balik dari Swedenlah ni. Hehehehe.