Tuesday, 30 June 2009

a.bit.pelik.

Photobucket hai, saya sudah kembali!

semalam lepas sahaja menulis blog, saya tertidur.
saya cadang mahu tidur sekejap sahaja sebelum nonton wayang seorang diri.
dah plan pun nak tengok cite ape.
kalau boleh nak tonton cerita sedih-sedih aje.

mahu apresiasi diri mungkin.

semalam saya berkata dengan diri sendiri.
selemah-lemah iman manusia adalah apabila dianya keseorangan.

masa nilah banyak benda-benda tak baik nak difikirkan.
saya fikir saya mahu lari dari semua orang.
saya nak bawa gun saya pergi jauh-jauh dan shoot apa-apa yang patut.
sambil lepak tengok pemandangan sambil minum kopi kacip fatimah.

nyaman!

tapi saya tahu saya pun tak boleh untuk tidak mempunyai kawan.
(sejak dua menjak nih saya suka sangat membuat direct translation dari english. tatau kenapa)
saya mahukan teman.
saya perlukan teman.

saya juga paham kenapa teman-teman baik saya semua jauh-jauh dan tidak punya masa untuk saya.
saya akhirnya kena belajar hidup seorang- seorang juga.
bak kata mak saya masa dulu saya mengadu takut ke tandas seorang-seorang:

'dalam kubur nanti pun duduk seorang juga'

haih.