sedang mencari kekuatan.aku jujurnya kini berasa sungguh demotivated.
mungkin fasa bercuti belum berakhir lagi agaknya.
mungkin aku memang tiada nafsu mahu berbuat keje.
hati aku memberontak.
mahu buat itu ini, tapi tidak mahu buat yang sepatutnya aku buat...
iaitu ke sekolah dan buat kerja rajin2.
aku mahu mencari kekuatan diri kembali.
biar kuat mana pun hati aku menjerit, aku kena betul-betul prioritise.
utamakan pelajaran, soal hati tolak ke tepi.
walaupun aku tahu penatnya berbuat kerja-kerja makmal, tapi aku kena teruskan juga.
kena terus, mesti terus.
walaupun separuh hati aku berkata tak mahu.
bukan aku tak boleh buat.
nak seribu daya, kalau tak mahu kalihlah macam mana pun, benda memang tak akan jadi.
maka aku kena betulkan niat.
datang sini untuk apa?
hidup di bumi UK ini untuk apa?
mungkin aku kena belajar mendera hati degil ini.
jika dulu boleh sahaja buat benda baru, kenapa sekarang tak boleh?
alhamdulillah, hari ini pejabat diisikan dengan orang baru.
suka, sebab dia suka beri nasihat itu ini.
padahal dia muda lagi dari aku.
mahu tahu?
aku seorang pencuri aura yang berjaya.
jika aku rasa mandom dan down, aku akan berkawan dengan orang-orang yang happy-go-lucky untuk menjadi gembira.
kalau aku malas, aku kena berkawan dengan orang rajin, bukan?
Allah mahu tolong aku tu.
kenapa aku tak mahu tolong diri sendiri?
kawan sebelah meja rajin gila, maka kita pun kena jadi rajin gila bukan?
haih. mana kuatnya aku yang dahulu?
sudah jatuh tersungkurkah?
jangan tersadung dan tersembam lagi.
banyak lagi jalan yang perlu ditempuh.
**teringat kata-kata Cik I. Kita hari-hari kena buat istikharah. Sebab hari-hari kita perlu berbuat keputusan.**
Terima kasih Cik I.
Sayang kamu :)