sedang bengang!ini adalah kesinambungan kesah si H.
dia kata aku lupakan dia.
aku tak ingatkan dia.
jawapan aku: ENGKAU ada boifren gi dating sana-sini boleh? nak jawab call aku tanak, balas text takmo. KAU INGAT AKU NI SIAPA?
dia kata aku tak tunggu dia gi jalan-jalan bebila dia FREE.
jawapan aku: dari aku buat MASTER sampai aku dah tahun dua PhD nih, ada kau buat inisiatif datang sini lawat aku? SEMUA ORANG TENGAH TUNGGU KAU FREE TAHU TAK? ke nak aku bentang karpet merah dari kolej ko ke KLIA ke UK baru kau ingat AKU KAWAN YANG BAIK?!
dia kata aku kotak-katikkan dia?
jawapan aku: hey hey! aku dah lama sabar kot dengan minah nih. tahap provokasi tinggi mana lagi ko nak cabar aku? aku belajar kot kat sini, bukan kerja nak jalan-jalan aje. KAU PUN SEDANG BELAJAR bukan? tapi boleh aje kuar tengok wayang dengn boifren? ada aku bising? aku nak gi jalan2 wiken kena tunggu bila kau datang ke? 3 TAHUN AKU TUNGGU kau datang sini, ADA KAU KISAH NAK BUAT INISIATIF?
sekarang ni, kata dua pada kau. kau nak tengok aku marah. NAH! kau dapat apa yang kau mintak.
aku tak mahu pedulikkan kau. kepala aku dah separuh pecah dengan kerja berlambak aku kat sini. provokasi kau tidak membantu apa-apa.
kau katalah apa yang kau nak kata. aku tak pedulik apa-apa.
oh ye! untuk pengetahuan kau, aku nak balik Malaysia nak jenguk kau, keluarga kau, mak ayah kau. Kalau kau buat perangai macam ni, aku rasa baik takyah gi jenguk langsung!
YE - AKU BENGANG. Kalau sesiapa pernah tengok aku bengang, nescaya mereka tidak berani buat aku bengang lagi.
JANGAN RISAU. INI BUKAN KALI PERTAMA AKU HILANG KAWAN. WALAUPUN KAWAN SERAPAT ISI DENGAN KUKU PUN.
Kau mahukan apa-apa isu berbangkit? sila tong sampahkan ia ke dalam bakul sampah. Aku tak mahu dengar.
AH! sakit jiwa tahu tak?
TOLONG JANGAN ASYIK FIKIR TENTANG DIRI SENDIRI BOLEH?
Now, I'm done with you.